BERITA BAIK UNTUK IBU TUNGGAL NEGERI PAHANG – BANTUAN KHAS USAHAWAN KECIL IBU TUNGGAL ANGGUN NIAGA 2022 KINI DIBUKA!
Dalam Bajet tahun lalu, Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 setiap seorang membabitkan 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh negeri.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal melalui Program Anggun Niaga bagi tahun 2022.
Baca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022
Syarat Permohonan Program Anggun Niaga
- Warganegara Malaysia berumur 20-55 tahun
- Ibu Tunggal semasa memohon
- Telah menjalankan perniagaan
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Cara Memohon
1. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengimbas QR code atau mengisi link di bawah
https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8
NOTA: Terhad kepada 280 orang yang terpilih
Baca juga:
- Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun
- WiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh tutup permohonan program bantuan ini adalah 28 Februari 2022
Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini di anggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Pahang dan laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang.