BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2023
Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2023.
Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 (Selasa).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu).
Apakah Bantuan Awal Persekolahan 2023 Zakat Pulau Pinang ?
Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Di bawah program ini, Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023
Syarat-syarat dan Kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia @ pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah (rujuk di bawah):
SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2023
- Sekolah Rendah – Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja
- Sekolah Menengah – Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas)
*Pra Sekolah dan tadika TIDAK dipertimbangkan.
BILANGAN ANAK & PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH
Bilangan Anak | Pendapatan Kasar Isi Rumah |
2 orang anak | RM1800 dan ke bawah |
3 orang anak | RM2500 dan ke bawah |
4 orang anak | RM2750 dan ke bawah |
5 orang anak dan ke atas | RM3000 dan ke bawah |
Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah 2023 / 2024
Cara Permohonan
Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 hingga 30 November 2022.
WAKTU URUSAN DI KAUNTER
- Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
- Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
- Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
- Ahad Tutup
Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat seperti di bawah:
Tatacara permohonan bantuan
- Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
- Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
- Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Baca juga: BKM 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:
- Facebook Zakat Pulau Pinang
- Telefon : 04-549 8088
- E-mel: [email protected]
- Laman web : https://v2.zakatpenang.com/
Mohon sebaran.