Skim Bantuan Am Persekolahan MAIWP Labuan 2024

Berita baik bagi pelajar di Wilayah Persekutuan Labuan di mana skim Bantuan Am Persekolahan MAIWP Labuan telah pun dibuka untuk permohonan bagi tahun 2024.

Permohonan bagi bantuan am persekolahan ini akan dibuka sehingga tarikh tutup pada 29 Mac 2024.

Skim bantuan inni diperkenalkan bagi membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.

Syarat-syarat kelayakan

Hanya peelajara yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan am persekolahan MAIWP Labuan ini:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Dokumen yang diperlukan

Ibu bapa yang ingin memohon bantuan am persekolahan ini perlu mengemukakan dokuman-dokumen sokongan di bawah bagi urusan pemprosesan permohonan bagi bantuan am persekolahan MAIWP Labuan ini:

  1. Borang permohonan – [Muat turun borang disini]
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. 
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Artikel berkaitan: EMIS Online: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan KPM

Cara permohonan

bantuan persekolahan maiwp labuan

Permohonan bagi bantuan persekolahan MAIWP Labuan ini boleh dilakukan melalui Guru Biasiswa MAIWP sekolah masing-masing.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Am Persekolahan MAIWP Labuan ini, sila berhubung dengan pegawai bertugas di talian 019-3852878 (Unit Agihan Zakat).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!