Kita biasa dengar ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa tetapi sejauh manakah kita memahami maksud dan intipatinya?
Bahasa Jiwa Bangsa secara umumnya bermaksud bahawa bahasa sebagai pemilik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan dan jati diri bangsa.
Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa.
Maksud Slogan
APAKAH MAKSUD SLOGAN “BAHASA JIWA BANGSA”?
Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
Slogan Bahasa Jiwa Bangsa ini dicipta pada tahun 1952, di Kuala Kangsar, Perak oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu, Encik Khalid Abas – Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin – Setiausaha Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad.
Disediakan : BKK
Sumber rujukan: Majalah Dewan Bahasa, Jun 2006
Kepentingan Bahasa Melayu
Di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perlembangaan,Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi.
“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan
(Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1)
yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat
bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;
Dalam sejarah, bahasa Melayu itu sendiri turut mengalami perubahan evolusi dari bahasa Melayu kuno sehingga bahasa Melayu moden yang digunakan secara meluas pada masa kini.
Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu
Selari dengan ungkatan Bahasa Jiwa Bangsa, maka tanggungjawab memulihara dan memartabatkan bahasa sebenarnya terletak di bahu semua pihak.
Adalah tidak adil tanggungjawab itu diletakkan seratus peratus kepada kerajaan, malah ibu bapa, organisasi, agensi, pihak sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan bahasa Melayu tidak terus ditelan zaman.
Tanggungjawab memartabatkan bahasa juga tidak hanya perlu digalas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun sahaja.
Semangat mencintai bahasa kebangsaan perlu dipupuk pada setiap masa, bukan setakat pada bulan tertentu.
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah 65 tahun melaksanakan tanggungjawabnya dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
> Mantapkan penguasaan Bahasa Melayu, dapatkan Kamus Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) sekarang!
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa BangsaTrending sekarang
Lagu bertajuk “Bahasa Jiwa Bangsa” ciptaan Tan Sri Dol Ramli ini memberikan pengertian yang cukup besar, mendalam dan seharusnya dijadikan renungan untuk semua rakyat Malaysia.
Kita mengenali sesuatu bangsa menerusi bahasanya.
Hal ini diakui di serata dunia, tidak ada bangsa tanpa kewujudan bahasanya.
Maka itu, bahasa menjadi identiti terpenting yang dipunyai oleh bangsa dan yang membezakan sesuatu bangsa itu dengan bangsa yang lain di muka bumi ini.
Daripada bahasa itu, maka lahirlah identiti yang dibentuk daripada bahasa yang tuturkan.
Bahasa Jepun dimiliki oleh bangsa Jepun; bahasa Perancis merupakan milik abadi bangsa Perancis; bahasa Indonesia dimiliki oleh bangsa Indonesia, bahasa Thai milik mutlak bangsa Thailand dan begitulah dengan bahasa dan bangsa yang lain.
Artikel berkaitan: Koleksi Pantun Perpisahan Guru, Persaraan & Sahabat
Akhir Kata
Kini giliran kita, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira darjat dan pangkat, keturunan dan agama untuk menggalas tugas meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang sepatutnya.
Percayalah, apabila kita memiliki jati diri dan semangat kebangsaan yang kuat, kita tidak akan ragu-ragu dengan apa-apa yang kita miliki. Maka itu, bahasa Melayu itu perlu ada dalam jiwa kita sebagai bangsa Malaysia, umpama bait-bait lagu di atas, yakinlah bahasa jiwa bangsa.