Bahasa Arab Tahun 5: Penerangan Subjek & Koleksi Latihan

bahasa arab tahun 5
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bahasa Arab (BA) merupakan salah satu subjek elektif yang boleh diambil oleh semua pelajar di sekolah rendah tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6, tanpa mengira agama dan bangsa mereka.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengambil subjek ini, berikut merupakan silibus subjek ini bagi pelajar tahun 5 beserta buku teks digital, nota dan latihan bersesuaian buat anak-anak anda.

Subjek Bahasa Arab

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal artikel ini, subjek bahasa Arab (BA) merupakan subjek elektif di mana para pelajar boleh memilih untuk mengambil subjek ini jika mereka mau tanpa mengira agama atau bangsa.

Namun begitu, bagi pelajar beragama Islam, jika mereka tidak mengambil sebarang kelas bahasa selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pengajian bahasa Arab akan diharuskan buat mereka.

Pendidikan Bahasa Arab ini dilakukan bagi melahirkan murid yang menguasai asas kemahiran bahasa Arab dan mampu berkomunikasi menggunakan ayat-ayat mudah serta menunjukkan tingkah laku positif dalam pembentukan peribadi individu mithali untuk pembangunan agama, bangsa dan negara.

Objektif Pengajian Bahasa Arab Tahun 5

Berikut merupakan beberapa objektif atau tujuan yang perlu dicapai oleh para guru bahasa Arab dalam kalangan murid-murid Tahun 5 mereka:

  1. Mendengar sebutan huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah dengan betul.
  2. Menyebut huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah yang dihafal dengan sebutan yang betul.
  3. Bertutur dengan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid.
  4. Membaca perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid dengan betul.
  5. Menulis huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid dengan betul.
  6. Memahami perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid yang dipelajari.
  7. Mengaplikasikan asas tatabahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan.
  8. Berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lancar, betul dan beradab serta boleh mengaplikasikan seni mempersembahkan bahasa.
bahasa arab tahun lima

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5

Koleksi Latihan

Seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Arab bagi pelajar tahun 5 juga boleh dikuasai dengan melakukan banyak latihan atau ulangkaji. Berikut kami kongsikan beberapa latihan yang boleh anda lakukan bagi menambah pengetahuan anda:

Dapatkan juga buku latihan tambahan di Shopee dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut