Badminton Terbuka China 2025 kembali dengan penuh prestij sebagai salah satu kejohanan penting dalam kalendar badminton dunia. Ikuti LIVE dan keputusan terkini di laman web rasmi BWF : https://match-centre.bwfbadminton.com/5269
Dikenali sebagai sebahagian daripada Siri Jelajah Dunia BWF Super 1000, kejohanan ini akan menyaksikan penyertaan pemain-pemain elit dari seluruh dunia termasuk jaguh badminton Malaysia.
Penyokong badminton seluruh dunia pastinya menumpukan perhatian terhadap keputusan dan prestasi pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
Edisi ke-34 badminton Terbuka China 2025 ini berlangsung dari 22 hingga 27 Julai 2025 di Olympic Sports Centre Gymnasium, Changzhou, China, dengan jumlah hadiah wang tunai mencecah USD 2 juta.

Latarbelakang Kejohanan Badminton Terbuka China
Badminton Terbuka China, secara rasminya dikenali sebagai China Open, mempunyai sejarah yang panjang dan berprestij.
Gelanggang kejohanan ini telah menjadi saksi kepada persembahan yang luar biasa daripada lagenda-lagenda badminton seperti Lin Dan, Lee Chong Wei, dan Chen Long.
Kejohanan ini sering diadakan di bandar-bandar utama China seperti Changzhou dan Fuzhou, menarik puluhan ribu peminat setiap tahun.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menguji kemahiran, malah ia juga menjadi medan di mana strategi dan ketahanan mental pemain benar-benar diuji.
Kejohanan Terbuka China 2025 yang berstatus Super 1000 ini menawarkan mata ranking BWF yang tinggi, menjadikannya medan penting untuk kelayakan ke Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
Edisi kali ini mempertandingkan 5 kategori utama:
- Perseorangan Lelaki
- Perseorangan Wanita
- Beregu Lelaki
- Beregu Wanita
- Beregu Campuran
Artikel berkaitan: 10 Kasut Badminton Terbaik Untuk Lelaki & Perempuan
Senarai Atlet Malaysia & Jadual Perlawanan Akhir ( LIVE STREAMING Final China Open)
Dengan status kejohanan badminton Terbuka China 2025 ini sebagai siri Super 1000, kebanyakan negara menghantar pemain terbaik mereka untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.
Malangnya, pemain perseorang lelaki Malaysia Lee Zii Jia terpaksa menarik diri akibt kecederaan yang dialaminya.
Perseorangan Lelaki
- Leong Jun Hao
Beregu Lelaki
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik
- Man Wei Chong-Tee Kai Wun
- Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
- Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
- Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
- Choong Hon Jian-Haikal Nazri
Beregu Wanita
- Pearly Tan-M. Thinaah
- Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
- Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
- Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
- Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
- Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
Berikut merupakan jadual atlet Badminton Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka China 2025 ini:
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu beregu dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Fikri untuk Final China Open 2025.
- Tarikh : 27 Julai 2025
- Waktu : 4.20pm (waktu Malaysia)
Semoga kejayaan milik Malaysia!

Perlawanan siaran langsung boleh ditonton melalui :
- Live TV: Astro Badminton
- Live Streaming: BWF TV YouTube Channel
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Terbuka China [26 Julai]
BEREGU PEREMPUAN
- Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian (China) MENANG ke atas beregu Malaysia Pearly Tan-M Thinaah dengan mata 21-14, 21-17
BEREGU LELAKI
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik MENANG ke atas beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-13, 21-17
Maklumat Lanjut Badminton Terbuka China 2025
Untuk perkembangan terkini kejohanan badminton Terbuka China 2025, sila layari laman web rasmi BWF.
Selain itu, anda boleh ikuti halaman-halaman Facebook berikut yang aktif mengumumkan perkembangan terkini atlet-atlet Malaysia dalam sukan badminton:




