Baby Papa – Sinopsis Drama, Pelakon dan Sedutan Episod

BABY PAPA DRAMA TV3
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baby Papa – Sinopsis Drama, Pelakon dan Sedutan Episod

Drama Baby Papa sebenarnya sudah mula ditayangkan pada tahun 2024 secara eksklusif di platform penstriman Tonton dari 24 Jun hingga 25 Julai 2024 yang lalu. 

Walaubagaimanapun, drama ini telah disiarkan ulangan di saluran MediaCorp Suria, Singapura dari 4 April hingga 1 Mei 2025. 

Selain itu, Baby Papa juga mula ditayangkan di TV3 Malaysia melalui Slot Samarinda bermula 12 Jun 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai drama popular ini. 

BACA JUGA: Dia Bukan Syurga – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod

Sinopsis Baby Papa

Drama Baby Papa mengisahkan perjalanan hidup Alisha (lakonan Kirana Batrisyia), seorang remaja yang terpaksa menemani bapanya, Didie (Faizal Hussein) yang mengalami kemurungan ke Kuala Lumpur. 

Perjalanan ini bukan sekadar untuk melarikan diri daripada masalah tetapi demi memenuhi hasrat terakhir nenek Alisha yang telah meninggal dunia, iaitu untuk mempertemukan mereka dengan ibu Alisha. 

Namun, ketibaan mereka di Kuala Lumpur membawa pelbagai cabaran dan konflik baharu yang penuh dengan emosi, lucu dan kadang-kadang mengharukan. 

BABY PAPA DI SAMARINDA TV3: DRAMA MENYENTUH HATI TENTANG CINTA DAN  PENGORBANAN

Kisah ini menonjolkan bagaimana Alisha dan bapanya berusaha membina semula kehidupan serta mencari makna sebenar sebuah keluarga, walaupun tanpa kehadiran seorang ibu. 

Selain itu, Baby Papa turut menyentuh isu kehilangan, harapan dan usaha untuk memaafkan serta menerima masa lalu.

  • Skrip: Puovin & Tommy Loh
  • Pengarah: Bahri Uma Bajuri
  • Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd
@dramasangat

Ini bukan bapa ayam tu ya ! Ni tok dia nak menantuu cepat 🙄 ▶️ #BabyPapa -> Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3! Korang boleh strim semua juga #BabyPapa melalui Tonton! 
@faizalhusseinofficial sebagai Didie @kiranabatrisyia sebagai Alisha @emeldarosemila sebagai Rosie @silfenyosman sebagai Cikgu Atiqah @fizzfairuzofficial sebagai Saari
#DramaSangat #TV3Malaysia #BabyPapa

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Waktu Siaran & Platform 

aby Papa mula ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Tonton bermula 24 Jun 2024 sehingga 25 Julai 2024. 

Drama ini mempunyai 20 episod, menawarkan perjalanan emosi yang penuh mendalam dan menyentuh hati penonton dengan kisah kekeluargaan yang realistik.

Kini, Baby Papa mula ditayangkan di TV3 Malaysia melalui Slot Samarinda bermula 12 Jun 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

  • Tarikh mula tayangan:12 Jun 2025
  • Hari: Isnin hingga Khamis
  • Jam: 10 malam
  • Slot: Samarinda TV3

Anda juga boleh tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di: https://browse.tonton.com.my/shows/baby-papa-series/seasons/1/episode/baby-papa

BACA JUGA: Bukan Ipar Sempurna – Sinopsis Drama & Barisan Pelakon

Barisan Pelakon & Watak

Berikut adalah barisan pelakon dan watak yang membintangi Drama Baby Papa:

PelakonWatak
Kirana BatrisyiaAlisha
Faizal HusseinDidie
Silfeny OsmanCikgu Atiqah
Emelda RosemilaRosie
Fizz FairuzSaari
Fauziah NawiTok Mak
Nina NadiraCikgu Anisah
Raja AzmiNek Kiah
Zarynn MinShiela
Zuraini KassimHarun
Azman JantanPak Din
Farah AhmadMak Mah
Nadia AqilahBaizura
Razak AhmadPak Daun
Jay IswazirRashid
Sefik KhairMizi
Danish IskandarAiman
Sera MelissaNadira
IzzendraShasha
Jad HidirDaniel
HerminderAyah Shasha

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Baby Papa
  • Artis: Pendekar & Adik Marsha
  • Komposer: Huzaimy Basir
  • Penulis Lirik: Aliff Hassan
@dramasangat

#BABYPAPA MULAI HARI INI ! ▶️ #BabyPapa -> Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3! Korang boleh strim semua episod #BabyPapa di Tonton! 
@faizalhusseinofficial sebagai Didie @kiranabatrisyia sebagai Alisha @emeldarosemila sebagai Rosie @silfenyosman sebagai Cikgu Atiqah @fizzfairuzofficial sebagai Saari
#DramaSangat #TV3Malaysia #BabyPapa

♬ Pop music that celebrates positive and bright joy(1469100) – Kimochi Timbre

Sedutan Episod (Highlight)

EPISOD 1:

EPISOD 2:

EPISOD 3:

EPISOD 4:

EPISOD 5:

EPISOD 6:

EPISOD 7:

EPISOD 8:

EPISOD 9:


Dengan barisan pelakon yang hebat, jalan cerita yang realistik serta mesej yang mendalam, drama ini pasti meninggalkan kesan di hati penonton. 

Jangan lupa saksikan Baby Papa di TV3, slot Samarinda dan hayati sendiri perjalanan emosi Alisha dan Didie dalam mencari erti sebenar sebuah keluarga. Selamat menonton!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: