Biodata Azizulhasni Awang, Raja Pecut Asia (Pocket Rocketman)

Digelar sebagai “The Pocket Rocketman”, atlet pelumba basikal Azizulhasni Awang baru-baru ini telah menghadiahkan pingat emas acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Februari lalu.

Kemenangan ini amat bermakna kerana Piala Negara-Negara UCI merupakan medan untuk meraih mata kelayakan ke temasyra Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Azizulhasni Awang.

Baca juga:

Latar Belakang

Azizulhasni Awang
Kredit Instagram @Azizulhasni Awang
NamaMohd Azizulhasni Awang
Nama PanggilanAzizulhasni Awang, Jijoe, The Pocket Rocketman
Tarikh Lahir5 Januari 1988
Tempat LahirDungun, Terengganu
PendidikanSarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Vistoria, Melbourne
PekerjaanPelumba Basikal (Atlet Malaysia)
JurulatihJohn Beasly
Ketinggian168 cm
Berat Badan70 kg
Akaun Media SosialInstagram @azizulhasniawang
Facebook @azizulawangofficial
TikTok @azizulhasniawang
X @azizulawang

Kehidupan Peribadi

Azizulhasni Awang
Kredit Instagram @Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang telah mendirikan rumah tangga bersama Athiah Ilyana Abdul Samat pada 2010 selepas membawa pulang pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek UCI Klasik Beijing.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata yang comel dan sihat.

Anak keempat beliau lahir pada Januari lalu di Melbourne, Australia menjadikan ia adalah momen sangat bermakna pada usianya yang mencecah 36 tahun ini.

Azizulhasni Awang
Kredit Instagram @Azizulhasni Awang

Kerjaya & Profesional

Azizulhasni mula menaiki basikal pada usia 10 tahun di kampung halamannya, Dungun dan bercadang untuk menceburkan diri dalam sukan berbasikal seawal usia 15 tahun.

Beliau meraih pingat emas pertama untuk kategori individu dalam Kejohanan Trek Asia bagi acara Keirin dan acara pecut 200m pada tahun 2008 yang berlangsung di Jepun.

Pencapaian Azizulhasni Awang

Sebagai atlet juara Asia tiada tandingan, Azizulhasni Awang memiliki koleksi pingat emas di pelbagai kejohanan dan acara berbasikal seluruh dunia.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Azizulhasni Awang sepanjang menjadi pelumba basikal trek:

Pencapaian:

PertandinganAcaraPingatTahunTempat
Sukan SEA ke-24Pecut BerpasukanEmas2007Korat, Thailand
Kejohanan Berbasikal Asia IndividuEmas2008Velodrom Nara, Jepun
Kejohanan Lumba Basikal DuniaIndividuEmas2009Melbourne, Australia
Sukan Asia ke-16KeirinEmas2010Guangzhou, China
Asian Cycling Championships (ACC)Pecut LelakiEmas2014Astana, Kazakhtan
Sukan Komanwel IndividuGangsa2014Glasgow
35th Asian Cycling ChampionshipsKeirinEmas2015Nakon Ratchasima, Thailand
UCI Track Cycling World Championships Keirin Lelaki ElitGangsa2016London
Sukan Olimpik RioKeirin Gangsa2016Brazil
UCI Track Cycling World ChampionshipsKeirinEmas2017Hong Kong
37th Asian Cycling Championships (ACC)KeirinEmas2017New Delhi
Sukan SEA ke-29Pecut LelakiEmas2017Kuala Lumpur
Sukan SEA ke-29KeirinEmas2017Kuala Lumpur
UCI Track Cycling World ChampionshipKeirinPerak2018London
Sukan Asia Jakarta-PalembangPecutEmas2018Indonesia
Sukan Asia Jakarta Palembang KeirinGangsa2018Indonesia
Sukan Asia Jakarta-Palembang Pecut IndividuEmas2018Indonesia
39th Asian Track Cycling Championship Pecut Individu LelakiEmas2019Jakarta, Indonesia
UCI Track Cycling World CupIndividuEmas2019Cambridge, New Zealand
Sukan Olimpik KeirinPerak2020Tokyo, Jepun
Kejohanan Berbasikal Trek Elit VictoriaIndividuPerak2021Australia  
Austral Wheelrace  Edisi ke-125PecutEmas2022Melbourne, Australia  
Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC)KeirinEmas2023Malaysia
Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC)Men Elite SprintEmas2023Malaysia
Piala Trek Jepun IIKeirinGangsa2024Shizuoka, Jepun
Kejohanan Trek Piala Negara-Negara UCIKeirinEmas2024Adelaide, Australia 

Anugerah:

  • Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) – Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017
  • Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial (Universiti Malaysia Terengganu)
  • Olahragawan Kebangsaan Sukan Negara (ASN) : 2009, 2010, 2017, 2019/2020 dan 2021

Penghargaan:

  • Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
  • Kesatria Mangku Negara (KMN)
  • Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) 2021

Fakta Menarik Mengenai Azizulhasni Awang

  • Pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada Sukan Olimpik Beijing 2008,
  • Menduduki ranking pertama dunia bagi acara Keirin
  • Dipanggil ‘The Pocket Rocketman’ kerana tubuhnya yang kecil.
  • Pernah terlibat dengan kemalan ngeri semasa Siri Piala Dunia Klasik di Manchester pada Februari 2011. Beliau mengalami kecederaan serius apabila tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter menembusi betisnya.
  • Atlet bukan warga Australia yang pertama menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria.

Tahniah Azizulhasni Awang! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan berbasikal trek di Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @azizulhasniawang
  2. Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas di Piala UCI Adelaide. Sinar Harian
Bantu kami share artikel ini: