Ayat Tanya: Takrifan & Contoh Ayat

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu pembelajaran penting yang perlu dikuasai oleh murid adalah Ayat Tanya.

Berikut merupakan takrifan mengenai ayat ini beserta contoh ayat.

Takrifan Ayat Tanya

Ayat ini digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal atau perkara. 

Ayat ini juga digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan.

Contohnya seperti perbualan di bawah:

“Mereka pelajar sekolah ini?”
Jawapan: “Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini.”

Pembahagian Jenis Ayat

Ayat ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • Tanpa kata tanya
  • Dengan unsur tanya

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Ayat ini terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dandengan menggunakan intonasi menaik pada akhir.

Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda tanya (?)

Contoh ayat:

  • Kanak-kanak itu sudah pulang?
  • Bola di tepi padang bola kamu?
  • Pelajar itu masih menangis?

Ayat jenis ini boleh disertai partikel-kah, tetapi partikel ini tidak boleh diletakkan padahujung ayat.

Ini kerana tugas partikel -kah adalah untuk menegaskan predikat dan apabila predikat diberikan penegasan, maka kedudukan predikat mesti berada di hadapan seperti:

  • Sudah makankah Azim?

Ayat Tanya Dengan Unsur Tanya

Ayat ini ialah ayat yang mempunyai unsur seperti apa, siapa,mengapa, bagaimana, di mana, dan bila.

Ayat-ayat ini ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu:

  • Dengan kata tanya.
  • Dengan kata ganti nama diri tanya.
  • Dengan frasa sendi tanya.

a) Dengan kata tanya

Ayat ini ialah ayat yang mempunyai unsur tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila.

Kata tanya ini menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:

  • Pertandingan drama itu bila?
  • Pelajaran kamu bagaimana?
  • Bilangan pelajar kelas ini berapa?
  • Adik menangis mengapa?

b) Dengan kata ganti nama diri tanya.

Ayat ini mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana.

Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat.

Oleh itu, kata ganti nama diri tanya boleh menjadi inti frasa nama dan apabila ayat ini mengalami pendepanan predikat, partikel-kah diperlukan pada kata tanya tersebut.

Contohnya:

  • Benda itu apa?
  • Apakah benda itu?
  • Orang tua itu siapa?

c) Dengan frasa sendi nama

Ayat jenis ini mengandungi kata sendi nama dan diikuti oleh kata tanya untuk membentuk frasa sendi nama tanya.

Contoh frasa sendi nama tanya ialah dimana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, seperti mana untuk siapa dan sebagainya.

Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi tanya menerima partikel -kah.

Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat itu tidak gramatis, contohnya:

  • Awak tinggal di mana?
  • Di manakah awak tinggal?
  • Di mana awak tinggal?

Dapatkan buku pembelajaran dengan klik Di Sini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!