Ayat Seribu Dinar: Makna & Kelebihan Doa

Ayat Seribu Dinar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ayat Seribu Dinar merupakan satu ayat yang boleh diamalkan umat Islam yang ingin membuka pintu rezeki mereka.

Apa itu Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar merupakan cebisan ayat dari Surah At-Talaq iaitu ayat dua hingga ayat tiga surah tersebut. Surah ini terkenal sebagai Ayat 1000 Dinar kerana sejarah nama ayat tersebut yang boleh anda baca di bawah.

Ayat ini dikatakan jika diamalkan individu tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi dari sebarang kecelekaan. Namun diingatkan kita sebagai umat Islam bukan meminta kepada ayat tersebut tetapi kepada Allah S.W.T.

Jadi bagi anda yang mengamalkan atau ingin mengamalkan ayat ini, pastikan anda sentiasa percaya dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Sejarah Nama Ayat 1000 Dinar

Untuk pengetahuan anda ayat ini dinamakan Ayat 1000 Dinar kerana terdapat satu peristiwa di mana seorang pedagang Islam telah disuruh untuk menyedekahkan seribu dinar oleh seorang lelaki di dalam mimpinya.

Setelah tiga kali, beliau bermimpi pekara yang sama, beliau akhirnya membuat keputusan untuk mengikut arahan lelaki dalam mimpi beliau. Setelah menyedekahkan seribu dinar, beliau telah bermimpi sekali lagi berkenaan lelaki tersebut.

Tetapi kali ini beliau diajarkan beberapa ayat (Ayat Seribu Dinar). Beliau juga diarahkan untuk mengamalkan doa ini oleh lelaki yang muncul dalam mimpi beliau. Pedagang kaya tersebut sekali lagi mengikut apa yang disuruh lelaki tersebut setelah terbangun dari tidur.

Tidak lama kemudian, pedagang tersebut telah belayar bagi melakukan aktiviti perdagangan beliau. Namun begitu, pelayaran tersebut telah ditimpa musibah, kapal yang dinaiki beliau telah pecah. Semua anak kapal telah terkorban.

Namun rezeki daripada Allah, pedagang kaya tersebut telah terdampar di sebuah kawasan. Beliau dan barang dagangan beliau telah selamat tanpa sedikit pun kecelekaan ke atasnya.

Oleh sebab amalan yang di amalkan, beliau telah diselamatkan daripada kecelekaan. Disebabkan itu juga, ayat dua hingga ayat tiga dalam Surah Al-Talaq ini diberikan nama Ayat 1000 Dinar.

ayat seribu dinar

Lafaz Doa (Bacaan Rumi & Makna)

Berikut merupakan lafaz ayat seribu dinar yang boleh kita amalkan bersama:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا . وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Waman yattaqillāha yaj’al lahụ makhrajā. Wa yarzuqhu min ḥaiṡu lā yaḥtasib,
Wa may yatawakkal ‘alallāhi fahuwa ḥasbuh, innallāha bāligu amrih, qad ja’alallāhu likulli syai`in qadrā.

Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Talaq : 2-3)

Kelebihan & Hikmah Ayat Seribu Dinar

Bagi anda yang sentiasa mengamalkan ayat seribu dinar, berikut merupakan kelebihan dan hikmah yang akan anda peroleh:

  1. Dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka
  2. Perolehi jalan keluar dari masalah dan kesulitan
  3. Dilindungi daripada segala musibah dan bala bencana
  4. Ditunaikan segala hajat yang diinginkan
  5. Dimudahkan setiap urusan anda.

Dapatkan Buku Keajaiban Ayat Seribu Dinar untuk mengetahui lebih lagi tentang ayat suci ini.

Baca juga: Doa Tahajud : Panduan Bacaan Rumi Beserta Makna Doa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut