Astaghfirullah Rabbal Baroya : Zikir Taubat & Penenang Jiwa

Astaghfirullah Rabbal Baroya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya merupakan salah satu zikir taubat terkenal yang sering kali di ucap atau didengarkan di corong-corong radio. Ia merupakan satu zikir mudah yang boleh dan sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Bagi anda yang tidak pernah tahu akan zikir ini, berikut kami kongsikan teks zikir bersama bacaan rumi dan maknanya untuk panduan anda. Baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk ketahui kebaikan dan manfaat yang terdapat dalam zikir ini.

Apa itu Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya?

Zikir merupakan salah satu bentuk ibadah yang penting dalam Islam. Ia merujuk kepada pengucapan atau penyebutan nama-nama Allah SWT atau kalimah-kalimah tertentu sebagai bentuk penghormatan, permohonan, dan pujian kepada Allah. 

Zikir ini juga merupakan antara ibadah paling mudah yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Tidak seperti ibadah-ibadah lain, zikir ini tidak memerlukan seseorang itu melepasi syarat khusus. Zikir ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada.

Zikir taubat merupakan antara zikir yang sangat digalakkan untu dibaca dan diamalkan bagi memohon keampunan. Salah satu zikir taubat yang terkenal adalah Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya. Zikir ini dipercayai mempunyai banyak keberkatan dan manfaat, baik dari segi kebersihan jiwa mahupun pengampunan dosa.

Teks, Bacaan Rumi & Makna Zikir

Berikut merupakan teks Zikir taubat nasuha Astaghfirullah Rabbal Baroya beserta bacaan rumi dan makna zikir :

Teks Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya:

Astaghfirullah Rabbal Baroya
Sumber: Bina Insan W.P. Blog

Sebutan Rumi:

Astaghfirullah rabbal baraya

Astaghfirullah minal khothoya

Rabbi zidni ilman nafi’a

Wawaffiqli amalan maqbula

Wa habli rizqan wa-si’a

Watub alaina taubatan nasuha

Maksud Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya:

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,

Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,

Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,

Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,

Manfaat dan Kebaikan Zikir 

Zikir taubat seperti zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya mempunyai banyak manfaat, terutama dalam usaha untuk membersihkan jiwa dan memperoleh keampunan Allah. Antara keutamaan zikir ini adalah:

  1. Mengampunkan Dosa
    • Zikir ini adalah cara yang sangat baik untuk memohon pengampunan dari Allah SWT. Setiap kali seseorang mengucapkan “Astaghfirullah,” mereka mengakui dosa-dosa yang dilakukan dan memohon keampunan dengan penuh kehinaan.
    • Dengan mengamalkan zikir ini, seseorang dapat membersihkan dirinya dari dosa-dosa kecil yang mungkin tidak disedari.
  2. Membersihan Hati dan Jiwa
    • Mengamalkan zikir ini dengan ikhlas dapat membersihkan hati dan jiwa dari penyakit hati seperti riak, hasad, dan dendam.
    • Ia juga dapat memberikan ketenangan kepada hati dan menenangkan fikiran, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  3. Meningkatkan Keberkatan Hidup
    • Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya ini mengakui keberkatan dan kebesaran Allah, yang merupakan sumber segala kebaikan.
    • Dengan mengamalkannya, seseorang akan merasai keberkatan dalam setiap aspek kehidupannya, baik dalam rezeki, kesihatan, hubungan, mahupun dalam segala urusan harian.
  4. Penenang Jiwa dan Penyelesai Masalah
    • Sebagai zikir yang mendalam maknanya, ia dapat membawa ketenangan dalam menghadapi kesulitan hidup.
    • Ia menjadi doa yang menghubungkan seseorang dengan Allah, dan melalui zikir ini, seseorang dapat memohon pertolongan Allah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Video Bacaan Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya

Berikut merupakan video bacaan Zikir Astaghfirullah Rabbal Baroya yang dikongsikan Aramin Nasiri di laman Youtube beliau:

Baca juga: Masjid Quba : Masjid Pertama dalam Sejarah Islam

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut