Aplikasi Misi: Cara Daftar dan Muat Turun Aplikasi

MISI merupakan sebuah aplikasi penghantaran makanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Aplikasi ini asalnya dibangunkan sebagai alternatif kepada Foodpanda, Grabfood dan banyak lagi aplikasi seumpanya yang sedia ada dan dibangunkan oleh Pengasasnya Encik Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi.

Antara tarikan utama MISI adalah mereka menyatakan bahawa harga makanan yang dipaparkan melalui aplikasi mereka adalah sama dengan harga makanan yang dijual di kedai penjual.

Kebiasaannya, penjual yang menjual makanan melalui platform atau aplikasi lain akan menaikkan sedikit harga makanan dan minuman memandangkan mereka perlu mengambil kira peratusan komisyen yang perlu dibayar kepada pemilik aplikasi atau platform.

Artikel berkaitan: Cara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun Hebat

Muat turun aplikasi

Bagi anda yang ingin cuba menggunakan aplikasi MISI, anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS.

Anda boleh memuat turun aplikasi secara percuma dan pastikan anda hanya memuat turun aplikasi MISI dari sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah.

Promosi menarik: Beli bag delivery food waterproof

Cara daftar sebagai pengguna

Anda boleh mendaftar sebagai pengguna melalui laman web MISI di alamat https://misirakyat.com/ atau melalui aplikasi yang telah dimuat turun.

  1. Buka laman web atau aplikasi tersebut
  2. Klik pada pautan bertulisan “Login/Daftar”
  3. Pada popup login, klik pada tulisan “Daftar Sini” yang berada pada kedudukan bawah dalam kotak tersebut.
  4. Masukkan butiran lengkap anda untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Tahniah, setelah selesai anda boleh mula menempah makan atau beli barang runcit melalui MISI.

Harap maklum bahawa pembayaran untuk pembelian melalui aplikasi ini hanyalah pembayaran dalam talian sahaja – tiada pilihan Cash On Delivery (COD) bagi mengelakkan kes rider ditipu atau di prank.

Cara daftar sebagai penjual / vendor

Peniaga boleh menggunakan aplikasi MISI untuk memaksimumkan dan meningkatkan pendapatan harian mereka dengan mendaftarkan perniagaan mereka.

Proses pendaftaran juga tidaklah begitu rumit dan anda boleh memasukkan lebih dari satu alamat kedai / restoran sekiranya anda mempunyai banyak perniagaan.

Untuk mendaftarkan perniagaan anda, layari laman https://misirakyat.com/daftar/bisnes

Lengkapkan proses pendaftaran perniagaan anda sebagai vendor, kemudian tonton video-video tutorial di bawah:

1. Cara setting alamat

2. Cara masukkan menu

3. Cara set masa operasi peniaga

Pertanyaan dan bantuan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkenaan aplikasi MISI, anda boleh menghubungi mereka melalui salah satu cara di bawah:

Nombor telefon: +60174429332
E-mel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!