Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merupakan inisiatif murni yang menyediakan bantuan holistik kepada individu dan keluarga yang memerlukan.
Beroperasi sebagai pusat sehenti, Anjung Kasih bertujuan meringankan beban golongan rentan dengan menawarkan pelbagai bentuk sokongan di bawah satu bumbung.
Kemudahan ini diwujudkan bagi mengurangkan beban kos penginapan, terutamanya bagi mereka yang datang dari jauh.
Ia bertujuan menyokong pemulihan pesakit melalui sokongan emosi dan kehadiran ahli keluarga.
Apa itu Anjung Kasih YKN?
Anjung Kasih YKN adalah sebuah program di bawah naungan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan sokongan sosial yang mudah diakses dan menyeluruh.
Ini termasuk bantuan kewangan, penginapan sementara, makanan, pakaian, kaunseling, dan rujukan kepada agensi berkaitan lain jika diperlukan.
Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Masyarakat (YKN) merupakan rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan berkonsepkan selesa, selamat dan berkualiti.
Antara objektif rumah Anjung Kasih ini adalah menyediakan penginapan yang mesra insan bagi pesakit dan ahli keluarga mereka ketika menerima rawatan perubatan di hospital berkenaan.
Anjung Kasih juga bertujuan membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di wad dan juga pengasingan pesakit untuk tidak terdedah kepada jangkitan penyakit.
Lokasi Anjung Kasih
Sehingga hari ini, terdapat 19 buah Anjung Kasih yang beroperasi di seluruh negara manakala dua buah lagi masih dalam proses pelaksanaan.
Penubuhan Anjung Kasih ini turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik YKN iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sunway dan Bintulu Port Holdings Berhad.
Anjung Kasih YKN yang pertama diwujudkan di Hospital Selayang, Selangor.
Pada masa ini Anjung Kasih telah diwujudkan di lokasi berikut:
- Hospital Selayang, Selangor
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
- Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
- Hospital Bera, Pahang
- Hospital Miri, Sarawak
- Hospital Sibu, Sarawak
- Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
- Hospital Serdang, Selangor
- Hospital Cyberjaya, Selangor
- Hospital Pulau Pinang
- Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
- Hospital Melaka
- Hospital Duchess of Kent Sandakan Sabah
- Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Johor
- Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang
- Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
- Hospital Bintulu, Sarawak (*Sedang dinaik taraf)
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu (*Sedang dinaik taraf)
Setiap Anjung Kasih dibina bersebelahan atau berdekatan dengan hospital kerajaan terpilih. Antara kemudahan yang biasanya disediakan ialah:
- Bilik tidur berasingan untuk lelaki dan wanita
- Ruang tamu dan rehat
- Dapur dan ruang makan
- Bilik air dan tandas
- Kemudahan asas seperti tilam, bantal, kipas, dan tempat menyidai pakaian
Kebersihan dan keselamatan penghuni sentiasa menjadi keutamaan pengurusan Anjung Kasih, dan pihak Yayasan Kebajikan Negara sentiasa memastikan fasiliti diselenggara dengan baik.
Artikel berkaitan: Kos Bersalin Hospital Kerajaan (Anggaran Harga Kelas dan Prosedur)
Cara Mohon
Pemohon rumah Anjung Kasih YKN hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada Ketua Jururawat atau Jururawat Terlatih di wad.
Penghuni akan diberikan seunit anak kunci bilik dan pas mengikut nombor bilik.
Tempoh penginapan Anjung Kasih adalah bergantung kepada tempoh rawatan pesakit.
Sekiranya tempoh penginapan melebihi 3 bulan, perakuan hendaklah diperolehi daripada wad dan mendapat kelulusan daripada Pejabat Pentadbiran.
Proses permohonan adalah mudah dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga sedang dirawat di hospital berkenaan. Berikut ialah langkah umum:
- Dapatkan borang permohonan daripada kaunter kebajikan hospital.
- Isi butiran lengkap dan lampirkan dokumen sokongan (seperti surat pengesahan rawatan).
- Serahkan borang kepada Pegawai Kerja Sosial untuk proses semakan.
- Jika permohonan diterima, pemohon akan diberikan jadual penginapan dan peraturan semasa.
Peraturan Penginapan Anjung Kasih
Peraturan dan syarat ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh mereka yang telah diberi kebenaran untuk menginap di Anjung Kasih YKN:
- Sekiranya terdapat pelanggaran peraturan oleh penginap, pihak Pengurusan Hospital boleh mengarahkan penginap keluar dari Anjung Kasih.
- Permohonan penginapan di Anjung Kasih hanya terbuka kepada waris pesakit yang berumur 18 tahun ke atas. Ianya terhad kepada dua (2) orang waris bagi seorang pesakit. Keutamaan diberi kepada waris yang tinggal di luar Pulau Pinang.
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penginapan Balai Sri Tanjung. Jangkamasa penginapan yang ditetapkan adalah tiga (3) hari sahaja. Permohonan penginapann yang melebihi tiga (3) hari boleh dipertimbangkan dengan memperbaharui permohonan penginapan dengan menggunakan Borang Permohonan Lanjutan Penginapan Anjung Kasih.
- Penginap tidak dibenarkan sama sekali makan dan minum di bilik penginapan.
- Penginap tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk peralatan elektrik, barnagan larangan dan merbahaya seperti dadah, arak, senjata tajam dan lain-lain yang seumpama dengannya di dalam kawasan Anjung Kasih.
- Penginap tidak dibenarkan merokok dan memasak di dalam kawasan Anjung Kasih.
- Penginap lelaki tidak dibenarkan berasa di kawasan bilik tidur wanita dan sebaliknya penginap wanita dilarang sama sekali berasa di kawasan bilik tidur lelaki.
- Penginap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik tidur dan juga kawasan sekitar Anjung Kasih.
- Harta benda dan barangan sendiri adalah menjadi tanggungjawab penginap sendiri. Pihak Pengurusan Anjung Kasih, Hospital Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan, kehilangan atau kerosakan harta benda penginap semasa menginap di Anjung Kasih.
- Penginap juga tidak boleh menuntut apa-apa gantirugi daripada pihak Pengurusan Hospital sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
- Penginap dari semasa ke semasa hendaklah patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh warden atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjaga Anjung Kasih.
- Penginap dikehendaki berada di Anjung Kasih YKN sebelum pukul 12.00 malam. Pintu pagar Anjung Kasih akan ditutup mulai jam 12.00 malam hingga jam 5.00 pagi setiap hari.
Sumber: Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang
Maklumat lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kemudahan Anjung Kasih YKN ini, sila berhubung dengan
Sebagai alternatif, anda juga boleh bertanyakan terus dengan pihak hospital mengikut senarai lokasi Anjung Kasih YKN yang dinyatakan di atas.
Anjung Kasih Hospital Selayang
- Lebuh Selayang – Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 03-61377097
Better Britghter Anjung Kasih YKN @Hospital Serdang
- Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang 43000, Selangor.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 03-89475555
Anjung Kasih Hospital Raja Permaisuri Bainun
- Jalan Hospital, 30400 Ipoh, Perak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 05-2085000
Anjung Kasih Hospital Tengku Ampuan Afzan
- Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 09-5572222
Anjung Kasih Hospital Tuanku Jaafar
- Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 06-7684000
Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak
- Jalan Hospital, 93586 Kuching, Sarawak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 082-276666
Anjung Kasih Hospital Miri
- Jalan Cahaya, 98000 Miri, Sarawak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 085-420033
Anjung Kasih Hospital Sibu
- Batu 5 ½, Jalan Ulu Oya, 96000 Sibu, Sarawak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 084-343333
Anjung Singgah Kuala Lumpur
- No. 28-32, Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 03-20260264
Anjung Singgah Sarawak
- Lot 289, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 082-233098
Anjung Singgah Pulau Pinang
- No.53, Lebuh Chulia, 10200 Pulau Pinang.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 04-2611530
Anjung Singgah Perak
- No. 12, Medan Istana 1, Bandar Ipoh, Perak, 30000 Ipoh, Perak.
- 9pagi – 5petang, Isnin-Jumaat
- 05-2424569
Anjung Singgah YKN Johor
- No. 19, Jalan Kolam Ayer 2, Taman Nongchik, 81000 Johor Baharu, Johor.
- 9pagi – 5petang, Ahad-Khamis
- 07-221 0997 (Tel) 07-221 0995 (Fax)
Soalan Lazim (FAQ) Anjung Kasih YKN
Apakah itu Anjung Kasih YKN?
- Anjung Kasih YKN ialah kemudahan penginapan sementara yang disediakan oleh Yayasan Kebajikan Negara kepada waris pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan. Ia bertujuan membantu meringankan beban keluarga pesakit, terutamanya yang datang dari luar kawasan dan tidak mampu menampung kos penginapan.
Siapakah yang layak memohon penginapan di Anjung Kasih?
- Waris terdekat pesakit seperti ibu bapa, pasangan, anak atau penjaga sah yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah (B40) dan datang dari luar kawasan hospital layak memohon. Keutamaan diberikan kepada pesakit yang dirawat secara kritikal, kronik, atau jangka panjang.
Bagaimana cara untuk memohon bantuan di Anjung Kasih YKN?
- Untuk memohon bantuan, anda perlu hadir sendiri ke Anjung Kasih YKN yang terdekat. Anda akan ditemu bual oleh pegawai kebajikan dan diminta untuk mengisi borang permohonan serta menyediakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, bukti pendapatan (jika ada), dan laporan perubatan (jika berkaitan).
Berapa lama seseorang boleh menginap di Anjung Kasih YKN?
- Tempoh penginapan di Anjung Kasih YKN adalah sementara dan bergantung kepada penilaian keperluan kes. Ia biasanya untuk tempoh yang singkat, sehingga pesakit selesai rawatan atau pemohon dapat mencari penyelesaian jangka panjang untuk masalah mereka.
Di manakah lokasi Anjung Kasih YKN?
- Anjung Kasih tersedia di lebih 19 hospital kerajaan seluruh negara, termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Umum Sarawak, dan lain-lain. Lokasinya biasanya berhampiran dengan kawasan hospital bagi memudahkan akses.
Adakah bayaran dikenakan untuk menginap di Anjung Kasih?
- Kemudahan Anjung Kasih disediakan secara percuma atau dengan sumbangan minimum bergantung kepada lokasi dan polisi YKN. Walau bagaimanapun, deposit keselamatan sebanyak RM50 mungkin dikenakan dan akan dipulangkan selepas penginapan tamat.