Biodata Amelia Christie, Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2

Amelia Christie cukup dikenali dengan wajahnya yang jelita dan tutur katanya yang lembut apabila berbual.

Karakternya yang pemalu dan manja itu mempunyai daya penarik yang tersendiri kepada para jejaka di luar sana.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Amelia Christie.

Baca juga:

Latar Belakang

amelia christie
Instagram @ameliachristie___
NamaAmelia Christie Lim
Nama PanggilanAmelia Christie
Tarikh Lahir18 Ogos 2000
Tempat LahirKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Akaun Media SosialInstagram @ameliachristie___
TikTok @amelialim__

Kehidupan Peribadi

Kredit: Instagram @ameliachristie___

Amelia mempunyai darah kacukan Cina. Beliau pernah dikaitkan mempunyai hunbungan dengan pelakon lelaki terkenal, Sharnaaz Ahmad apabila beliau menemani aktor tersebut dalam Malam Gala Filem Polis Evo 3.

Namun, hubungan Amelia dan Sharnaaz dikatakan sudah berakhir selepas mereka berdua saling ‘unfollow’ akaun media sosial masing-masing.

Kerjaya & Profesional Amelia Christie

Di usia yang masih muda, beliau sudah terlibat dalam beberapa drama TV seperti Histeria The Series, Bawah Blok, Cinta Hilang Kata dan 7 Hari Mencintaiku (Musim 2) dan Budak Hostel Otaknya Sewel.

Dalam masa yang sama sekarang, Amelia juga sedang fokus dalam perniagaan serum rambutnya, ACL Beauty.

Fakta Menarik tentang Amelia Christie

  • Amelia suka memasak bila ada kelapangan masa atau tidak sibuk penggambaran.
  • Beliau seorang pencinta kucing dan juga memiliki seekor kucing kesayangan yang diberi nama Simba.
  • Beliau merupakan penggemar penyanyi terkenal antarabangsa, Bellie Eilish.
  • Amelia pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad.
  • Beliau mengidamkan ciri-ciri lelaki idaman seperti sopan, bertanggungjawab dan juga baik hati.
  • Beliau mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 219,000 ribu orang dan TikTok 609,400 ribu orang.

Tahniah Amelia! Semoga anda terus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang ingin melibatkan diri dalam bidang seni hiburan dan perniagaan.

Sumber:

  1. Instagram @ameliachristie___
  2. Mula Kehidupan Baharu, Amelia Christie Fokus Cintai Diri Sendiri. mStar
Bantu kami share artikel ini: