Biodata Ameera Khan – Kerjaya & Kehidupan Peribadi

ameera khan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Biodata Ameera Khan, Adik Tiri Neelofa – Kerja & Kehidupan Peribadi

Ameera Khan, juga dikenali sebagai Little Miss Khan, merupakan seorang personaliti media sosial dan influencer popular di Malaysia. Beliau adalah adik tiri kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa. 

Ameera mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, dengan akaun Instagram beliau @littlemisskhan mencecah 2 juta pengikut. 

Mari kenali dengan lebih rapat sosok Ameera Khan melalui artikel yang dikongsikan di bawah.

Siapakah Ameera Khan?

Nur Ameera Khan, atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) adalah merupakan seorang personaliti media sosial dan usahawan. Ameera Khan juga merupakan adik tiri kepada selebriti terkenal Malaysia, Neelofa. 

Sumber: Instagram @littlemisskhan

Dilahirkan pada tahun 2000, Ameera kini berusia 24 tahun pada tahun 2024. Beliau telah mula mendapat perhatian umum sejak remaja lagi kerana hubungan kekeluargaannya dengan Neelofa. Ameera adalah anak kepada pasangan Abdul Halim Khan Lall Khan dan Noor Kartini Noor Mohamed. 

Beliau berasal daripada keluarga yang aktif dalam industri hiburan dan perniagaan, ibunya juga seorang usahawan berjaya.

Walaupun pada awalnya Ameera bercita-cita untuk menjadi hos televisyen seperti kakaknya, beliau akhirnya menyedari bahawa bidang tersebut kurang sesuai dengan personaliti introvertnya. Sebaliknya, Ameera telah membina kerjaya sendiri sebagai influencer, personaliti media sosial, model dan usahawan.

BACA JUGA: Biodata Nadeera Zaini, Finalis AJL39 dan Juara Big Stage 5

Biodata Ameera Khan

  • Nama Penuh: Nur Ameera binti Abdul Halim Khan
  • Tarikh Lahir: 8 Disember 2000
  • Tempat Lahir: Kelantan, Malaysia
  • Umur: 24 tahun (2024)
  • Nama Ayah: Abdul Halim Khan Lall Khan
  • Nama Ibu: Noor Kartini Noor Mohamed
  • Adik-Beradik: Noor Neelofa, Noor Nabila, dan beberapa adik-beradik lain
  • Bangsa: Melayu dengan darah campuran Pakistan dan Arab
  • Profesion: Usahawan (pengasas jenama LMK Cosmetics) & Pempengaruh media sosial dan YouTuber (Little Miss Khan)
  • Kemunculan Pertama di Media: Melalui platform media sosial, termasuk Instagram dan YouTube sejak 2015.
  • Jenama: LMK Cosmetics dilancarkan pada Mei 2018, diinspirasikan oleh ikon kecantikan antarabangsa
  • Instagram: @littlemisskhan

Pendidikan & Kerjaya

Ameera Khan mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa dan berjaya menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Dibesarkan dalam keluarga yang multilingual, beliau fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.

Sumber: Instagram @littlemisskhan

Ameera Khan merupakan seorang usahawan, model dan juga influencer popular di media sosial. Dalam kerjayanya, Ameera memanfaatkan populariti di media sosial dengan melancarkan jenama kosmetik sendiri, LMK Cosmetics, pada Mei 2018. 

Produk jenama ini diinspirasikan daripada ikon kecantikan seperti Kylie Jenner, dengan sasaran memenuhi keperluan pengguna di pasaran tempatan dan antarabangsa. Walaubagaimanapun, syarikat tersebut kini sudah tidak aktif.

Selepas LMK Cosmetics, Ameera Khan terlibat dalam kolaborasi dengan jenama kosmetik Young & Glow yang diasaskan oleh ibunya sendiri, Noor Kartini. Pada tahun 2021, beliau melancarkan The Darling Palette, iaitu paletan makeup pertama Young & Glow yang merupakan produk halal dan mengandungi 10 warna yang pelbagai.

Sebagai seorang Instafamous yang mempunyai akaun Instagram dengan jutaan pengikut, beliau sering berkongsi mengenai gaya hidup, fesyen, dan kecantikan. Selain itu, saluran YouTube beliau, Little Miss Khan, yang dimulakan pada 2015 juga aktif memaparkan kandungan berkaitan kecantikan dan gaya hidup yang diminati penonton.

Ameera juga sering bekerjasama dengan pelbagai jenama fesyen dan kecantikan. Beliau sememangnya dikenali dengan gayanya yang moden dan bergaya, serta dapat menarik minat ramai pengikut muda. 

BACA JUGA: Ummi Nazeera – Biodata, Kerjaya, Suami & Anak

Kontroversi dan Kehidupan Peribadi

Seperti mana-mana selebriti, Ameera tidak terlepas daripada kontroversi. Salah satu insiden yang mendapat perhatian luas ialah kenyataan beliau yang dianggap memperlekehkan jenama telefon Samsung dalam satu video, yang kemudian menyebabkan kecaman netizen. Walaupun insiden ini mencetuskan kritikan, Ameera dengan segera memohon maaf atas kesilapannya​.

Sumber: Instagram @littlemisskhan

Ameera juga pernah tampil dengan imej berhijab, namun mengakui belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya. 

Terkini, Ameera Khan didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. 

BACA JUGA: Nabila Razali – Biodata, Kerjaya, Suami & Anak

Fakta Menarik

Berikut adalah tujuh fakta menarik mengenai Ameera Khan, juga dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK):

1. Adik kepada Neelofa dan Instafamous Terkenal
Ameera Khan merupakan adik tiri kepada selebriti terkenal Malaysia, Neelofa. Walaupun masih muda, beliau telah membina identitinya sendiri sebagai seorang Instafamous dengan jutaan pengikut di Instagram dan pengaruh besar di media sosial​.

Sumber: Instagram @littlemisskhan

2. Usahawan Kosmetik
Pada Mei 2018, Ameera melancarkan jenama kosmetik miliknya, LMK Cosmetics. Walaupun mengakui dirinya tidak terlalu gemar bersolek, beliau menggunakan populariti dan kemahiran pemasaran untuk mempromosikan produk kecantikan jenamanya​. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut kini telah tidak aktif (now-defunct).

3. Dibandingkan dengan Kylie Jenner

Gaya hidup mewah dan penampilannya sering menyebabkan beliau dibandingkan dengan Kylie Jenner, bintang terkenal dari keluarga Kardashians. Media pernah memberikan jolokan kepadanya sebagai “The Next Kardashians”

4. Pernah Membeli 161 Gincu

Salah satu momen yang menyebabkan Ameera menjadi tular adalah apabila beliau dilaporkan membeli 161 batang gincu dalam satu masa. Insiden ini menarik perhatian netizen dan media​. 

5. Mempunyai Banyak Gelaran Mesra

Ameera dikenali dengan pelbagai nama manja seperti “Baby” dalam kalangan keluarga dan “Little Miss Khan” dalam kalangan peminat.

Penutup

Ameera Khan adalah seorang pempengaruh yang berjaya mencipta nama di media sosial dan mempunyai bakat tersendiri dalam mengekalkan popularitinya. 

Perjalanan hidupnya sebagai adik kepada seorang selebriti terkenal, serta perjuangannya untuk membina identiti sendiri, telah menjadikan beliau seorang figura yang sering mencuri perhatian. Akhir kata, semoga Ameera Khan terus cemerlang dalam apa jua yang dilakukannya. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut