Alya Iman: Biodata, Keluarga & Kerjaya

alya iman
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi anda yang meminati drama-drama Melayu pastinya nama Alya Iman tidak lagi asing buat anda. Walaupun baru sahaja menginjak ke usia 20-an, pelakon wanita ini, sudah menempah nama dalam industri drama Melayu di Malaysia. 

Untuk anda yang ingin mengenali pelakon wanita ini dengan lebih mendalam, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. 

Biodata Alya Iman

Buat anda yang baru sahaja mengenal pemilik nama Alya Iman ini berikut merupakan biodata ringkas pelakon wanita ini:

  • Nama Penuh: Nur Alya Iman binti Azmil Mustapha
  • Nama Lain: Alyimn
  • Tarikh Lahir: 2001
  • Tinggi: 170 cm
  • Umur: 24 tahun (2025)
  • Adik Beradik: Anak bongsu dari 5 beradik
  • Asal: Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kerjaya: Model dan Pelakon
  • Media Sosial:

Baca juga: Sofyank : Biodata, Keluarga, Karier & Pencapaian

Sejarah Kekeluarga

Untuk pengetahuan anda, dunia lakonan bukanlah satu perkara asing bagi pelakon wanita ini. Hal ini demikian kerana, pelakon wanita ini merupakan anak bongsu kepada pelakon lelaki, Azmil Mustapha Kamil.

Alya merupakan anak bongsu dari empat beradik hasil perkahwin kedua di antara Azmil Mustapha dengan Jamaliah Jamari. Pelakon wanita ini, mempunyai dua orang kakak yang bernama  Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, dan seorang abang, Muhammad Bazli Zhafri.

Alya Iman juga mempunyai seorang kakak tiri hasil perkahwinan pertama bapanya yang bernama Nur Syamira. Berikut merupakan gambar keluarga pelakon wanita ini:

alya iman

Kerja Alya Iman

Walaupun nama pelakon wanita ini baru sahaja meningkat naik, beliau sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak berusia 13 tahun. Beliau telah memulakan kerjaya beliau sebagai model muslimah dengan memperagakan koleksi muslimah butik-butik tempatan.

Pada tahun 2018, beliau telah memulakan karier lakonannya dan nama beliau mula menginjak naik pada tahun 2019, apabila beliau memegang watak Mira dalam telefilem Lelaki Kelas Sebelah yang turut dilakonkan bersama Nabila Razali dan Ismail Izzani.

Kini, karier Alya Iman terus berkembang dan berikut merupakan senarai drama, telefilem dan filem yang pernah dibintangi pelakon muda ini:

  • Filem
    • 7 Minggu Sebelum Kahwin (2022)
  • Drama
    • Senafas Rindu (2019)
    • Bukan Kahwin Paksa (2020)
    • Seram Tak Seram (2021)
    • Ku Punya Hati (2022)
    • Hidayah Ustaz Viral (2022)
    • Tuhan Beri Aku Cinta (2023)
    • Dia Pria Terhebat (2023)
    • Syurga Itu Bukan Mudah (2023)
    • Layang Layang Perkahwinan (2024)
    • Skuad X (2024)
    • Jadikan Aku Bidadari (2025)
    • Si Bakhil Dengan Bunganya (2025)

  • Drama Web
    • Rampas Cintaku 2 (2024)
    • Anggun Mikayla (2024)
    • Andartu Kosmopolitan (2024)
    • Pabila Dia Tersenyum (2025)

  • Telefilem
    • Lelaki Kelas Sebelah (2019)
    • Tebus (2020)
    • Gaun Pengantin Ivory (2020)
    • Cinta Koma (2022)
    • Kawan & Cinta (2022)
    • Kafankan Aku Dengan Ihram (2023)
    • Lazuardi (2023)
    • Daddy Duda (2024)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut