Aliff Aziz mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi dan pelakon. Bukan sahaja suaranya yang merdu, lakonannya yang mantap, beliau juga mempunyai rupa paras yang kacak dan tinggi lampai.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri muzik, Aliff Aziz
Baca juga:
Latar Belakang
Nama | Mohamad Aliff bin Aziz |
Nama Panggilan | Aliff Aziz |
Tarikh Lahir | 16 Februari 1991 (33 tahun pada 2024) |
Tempat Lahir | Singapura |
Pendidikan | Sekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon dan model |
Genre Muzik | Pop, R&B, Pop alternatif, Jazz |
Adik Beradik | Aisyah Aziz (penyanyi) |
Ketinggian | 1.91 cm |
Akaun Media Sosial | Instagram @iamaliffaziz TikTok @iamaliffaziz |
Kehidupan Peribadi
Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bersama suri hatinya Bella Astillah (penyanyi dan pelakon Malaysia) setelah bertunang hampir 9 bulan.
Namun, Aliff dan Bella pernah bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk kembali ketika masih dalam tempoh edah.
Hasil dari perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean (7 tahun) dan Ara Adreanna (4 tahun).
Kerjaya & Profesional
Aliff Aziz telah menceburi minat dalam bidang nyanyian sejak berumur 12 tahun lagi.
Memulakan karier menyanyinya dengan lebih serius dengan menjadi peserta kepada program realiti TV, Anugerah pada tahun 2007 ketika berusia 16 tahun.
Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih dari RM100,000.
Selepas kemenangan dalam program mencungkil bakat nyanyian itu, beliau membuat kemunculan sulung dikaca televisyen iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan, iklan 30 saat KFC dan sebagainya.
Beliau mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012), dan Rebirth (2016).
Antara lagu-lagu hitsnya adalah seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarkum, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.
Beliau juga pernah membintang drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Cari dan Sejuta Rasa Buat Adelia.
Untuk telefilem pula seperti Cinta Vlog, Gerhana, Tiga Dosa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.
Pencapaian Aliff Aziz
Sebagai seorang penghibur dan selebriti yang berkecimpung dalam dunia muzik dan lakonan, Aliff berjaya menempah sebilangan pencapaian yang meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi dan pelakon di Malaysia serta Singapura.
Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Aliff Aziz sepanjang menjadi penyanyi dan pelakon:
- Juara Program Realiti Anugerah 2007
- Lagu Paling Popular Singapura Anugerah Planet Muzik 2008
- agu Terbaik Singapura Anugerah Planet Muzik 2013
- Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
- Juara Gegar Vaganza 8 dan membawa pulang RM100,000
Fakta Menarik Mengenai Aliff Aziz
- Mempunyai darah kacukan Arab
- Mempunyai dua orang adik perempuan yang kembar seiras iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain
- Album pertama dengan single “Cinta Arjuna” telah terjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara
- Penyokong fanatik Manchester United
Tahniah Aliff Aziz! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Singapura dan Malaysia.
Sumber:
- Instagram @iamaliffaziz
- Aliff Aziz juara GV8. Berita Harian