Adakah anda berminat dalam bidang jahitan dan fesyen? Ingin mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia di Akademi Kemahiran KEMAS secara percuma? Anda juga akan menerima elaun bulanan!
Menarik bukan?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Akademi Kemahiran KEMAS ini serta kelebihan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam jurusan yang ditawarkan.
Pengambilan Akademi Kemahiran KEMAS Julai 2022
Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) membuka tawaran Keluarga Malaysia yang berusia 18-30 tahun berminat dengan jahitan untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia dalam Jurusan Pembuatan Pakaian Wanita TAHAP 3 dan Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian TAHAP 4 .
Sijil Kemahiran Malaysia ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia.
Kemudahan yang disediakan di AKKSI adalah:
- Yuran ditaja oleh KEMAS
- Asrama disediakan
- Fasiliti pembelajaran disediakan
- Elaun bulanan
- Sijil : RM250
- Diploma : RM300
Syarat Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
- Kelayakan Akademik :➢SPM / SPM (V) / SPVM
➢ Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan. - Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
- Status Perkahwinan : Bujang
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1
( Mengikut bidang yang dipohon ). - Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 – ( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 – ( Pengurusan Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).
- Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Baca juga:
- Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 Sebulan
- Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2022
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2022.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Borang Permohonan
Sila isikan borang permohonan online melalui pautan di bawah:
Hubungi 05-3712102 (KAMPUS) atau 03-8891 2763 (IBUPEJABAT KEMAS) untuk sebarang kemusykilan.
Baca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin