AFC Cup 2023 – Jadual Perlawanan Live Terengganu & Sabah FC

AFC Cup [LIVE] Jadual Perlawanan Terengganu & Sabah FC

Piala AFC / AFC Cup ialah pertandingan bola sepak kelab benua tahunan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Di bawah peraturan semasa, pertandingan ini dimainkan terutamanya antara kelab dari negara yang tidak menerima slot kelayakan langsung dalam Liga Juara-Juara AFC peringkat teratas, berdasarkan Kedudukan Pertandingan Kelab AFC.

Sejak permulaan kejohanan pada 2004, finalis setiap edisi telah didominasi oleh kelab dari Asia Barat kecuali 2011 dan 2015, di mana pasukan Uzbekistani FC Nasaf dari Asia Tengah dan pasukan Malaysia Johor Darul Ta’zim dari Asia Tenggara menjadi juara dalam tahun masing-masing.

Al-Seeb adalah juara semasa (2022) selepas menewaskan KL City FC pada perlawanan akhir tahun tersebut.

afc cup live sabah terengganu 2023 piala AFC

Format Kejohanan AFC Cup Terkini

Difahamkan AFC telah memperkenalkan format baru bagi musim 2024/2025, di mana hanya 2 pasukan dari Malaysia sahaja yang bakal layak bermain di pentas Asia berbanding 3 pasukan sebelum ini.

Juara Liga Super akan bermain di tier 1 ( AFC Champions League) dan Juara Piala FA akan bermain di Tier 2 ( AFC Cup). Jika kedua-dua Piala adalah pasukan yang sama menjuarai maka tempat kedua Liga Super akan layak ke Tier 2( AFC Cup).

Tiga kejohanan yang akan diperkenalkan nanti adalah AFC Champions League Elite (ACLE), AFC Champions League 2 (ACL 2) dan AFC Challenge Cup (ACGL).

Dengan perubahan format ini, wakil Malaysia yang beraksi pada saingan ACL dan Piala AFC musim ini menjadi harapan untuk mengutip semaksimum mungkin mata untuk melonjakkan kedudukan MA ranking Malaysia

AFC sebelum ini mengunakan 1 tahun = 1 musim (season), akan tetapi bagi 2024/2025 mereka menjadikan September-April = 1 musim (season).

Format tahunan seperti ini agak baru bagi liga-liga terutamanya di Asia, akan tetapi format tahunan ini telah lama digunakan di Eropah.

Liga negara jiran seperi Indonesia & Thailand sudah mengunakan format baru untuk saingan liga dan pada waktu ini (Mei) saingan liga mereka sudah tamat. Liga Malaysia masih lagi menggunakan format 1 tahun = 1 musim (season).

Pasukan Yang Bertanding

Hari Undian peringkat kumpulan AFC Cup 2023/24 telah berlangsung pada 24 Ogos 2023.

Terdapat 12 pasukan dari Asean akan beraksi untuk kumpulan F, G dan H.

Dua wakil pasukan Malaysia akan berentap di AFC Cup 2023/24 dalam kumpulan G dan H seperti berikut:

Kumpulan G

  • Terengganu FC
  • Bali United (IDN)
  • Stallion Laguna FC (PHI)
  • Central Coast Mariners FC (AUS)

Kumpulan H

  • Sabah FC
  • Hải Phòng FC (VIE)
  • Hougang United FC (SGP)
  • PSM Makassar (IDN)

Tarikh & Jadual Perlawanan Terengganu FC & Sabah FC Dalam AFC Cup 2023/2024

Berikut adalah jadual perlawanan live AFC Cup bagi pasukan Terengganu FC dan Sabah FC yang akan berlangsung:

JADUAL PERLAWANAN TERENGGANU FC (KUMPULAN G)

TERENGGANU FC vs CENTRAL COAST MARINERS (AUS)

  • 20 September 2023 – RABU
  • 8.00 pm
  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

TERENGGANU FC vs BALI UNITED (IND)

  • 4 Oktober 2023 – RABU
  • 8.00 pm
  • Stadium Captain Wayan Dipta

TERENGGANU FC vs STALLION LAGUNA FC (PHI)

  • 26 Oktober 2023 – KHAMIS
  • 4.00 pm
  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

TERENGGANU FC vs CENTRAL COAST MARINERS (AUS)

  • 29 November 2023 – RABU
  • 4.00 pm
  • Stadium Captain Wayan Dipta

TERENGGANU FC vs BALI UNITED (IND)

  • 13 Disember 2023 – RABU
  • 8.00 pm
  • Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

TERENGGANU FC vs STALLION LAGUNA FC (PHI)

  • 8 November 2023 – RABU
  • 8.00 pm
  • Stadium Bolasepak Binan
afc cup live sabah terengganu 2023 piala AFC

JADUAL PERLAWANAN SABAH FC (KUMPULAN H)

SABAH FC vs HOUGANG UNITED (SGP)

  • 21 September 2023 – KHAMIS
  • 8.00 pm
  • Stadium Jalan Likas

SABAH FC vs PSM MAKASSAR (IDN)

  • 5 Oktober 2023 – KHAMIS
  • 8.00 pm
  • Stadium Captain 1 Wayan Dipta

SABAH FC vs HAI PHONG FC (VIE)

  • 25 Oktober 2023 – RABU
  • 6.00 pm
  • Stadium Lach Tay

SABAH FC vs HAI PHONG FC (VIE)

  • 9 November 2023 – KHAMIS
  • 8.00 pm
  • Stadium Likas

SABAH FC vs HOUGANG UNITED (SGP)

  • 30 November 2023 – KHAMIS
  • 8.00 pm
  • Stadium Jalan Besar

SABAH FC vs PSM MAKASSAR (IDN)

  • 14 Disember 2023 – KHAMIS
  • 8.00 pm
  • Stadium Likas
afc cup live sabah terengganu 2023 piala AFC

Siaran Langsung [LIVE] & Update Terkini Keputusan Perlawanan

Keputusan penuh :

Terengganu FC 1 – 0 Central Coast Mariners

Sabah FC 3- 1 Hougang United

Keputusan terkini bagi setiap perlawanan yang sedang berlangsung boleh diperolehi melalui LIVE Update di laman web rasmi AFC : https://www.the-afc.com/en/livescores/afc_competitions/afc_champions_league.html

LIVE Streaming bagi semua perlawanan AFC Cup ini boleh ditonton melalui Youtube Rasmi AFC atau melalui saluran-saluran berikut: https://www.the-afc.com/en/club/afc_cup/where_to_watch.html

Dapatkan voucher RM9 untuk pelbagai barangan sukan di Shopee Sports Mall.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!