AFC Champions League 2023 [LIVE] Jadual Perlawanan JDT

AFC Champions League 2023 : LIVE Jadual Perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT)

JDT akan bertemu Kawasaki Frontale pada aksi pertama saingan Kumpulan I, Selasa ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Semoga berjaya diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2023.

Ayuh kita berikan sokongan dan selamat berjuang, Harimau Selatan!

Pengenalan & Format Kejohanan AFC Champions League 2023

Format kejohanan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

  • 10 juara kumpulan dari Group A hingga J akan layak secara automatik ke pusingan 16 AFC ChampionsLeague 2023
  • 3 Naib Juara kumpulan terbaik dari Zon Barat & 3 Naib Juara kumpulan dari Zon Timur akan layak secara automatik ke Pusingan 16 AFC Champions League 2023
  • Pemisahan Zon Barat & Timur kekal dari Peringkat Round 16 , Suku Akhir & Separuh Akhir
  • Pasukan dari Asia Barat akan bertemu Pasukan Dari Asia Timur di Peringkat Final sahaja
  • Format ini kekal untuk musim 2023 & bakal berubah untuk musim 2024/2025
  • Sedikit tambahan, penggunaan VAR bakal digunakan di peringkat kumpulan
afc champions league jdt
Sumber infografik : https://snesports.co
Sumber infografik : https://snesports.co

Senarai Jadual Perlawanan Jadual Team JDT

Matchday 1 ( Group I )

JDT vs Kawasaki Frontale (JPN)

  • 19 September 2023, 8.00 malam
  • Stadium Sultan Ibrahim

Berikut adalah senarai penuh perlawanan seterusnya bagi JDT dalam Kumpulan I :

JDT vs BG Pathum United (THA)

  • 3 Oktober 2023 (Selasa), 8.00 malam
  • Stadium Pathum Thani

JDT vs Ulsan Hyundai FC (KOR)

  • 24 Oktober 2023 (Selasa), 6.00 petang
  • Stadium Bolasepak Ulsan Munsu

JDT vs Ulsan Hyundai FC (KOR)

  • 7 November 2023, 8.00 malam
  • Stadium Sultan Ibrahim

JDT vs Kawasaki Frontale (JPN)

  • 28 November 2023 (Selasa), 6.00 petang
  • Stadium Kawasaki Todoroki

JDT vs BG Pathum United (THA)

  • 12 Disember 2023 (Selasa), 6.00 petang
  • Stadium Sultan Ibrahim
afc champions league jdt

LIVE Perlawanan JDT @ AFC Champions League 2023

Live perlawanan AFC Champions League 2023 boleh ditonton melalui Astro Arena Bola 803 & Astro Go

Keputusan Terkini

Full time : Johor Darul Ta’zim 0 – 1 Kawasaki Frontale

afc jdt

Live update: Facebook AFC Champions League

Info Jualan Tiket

JUALAN KEUTAMAAN TIKET LIGA JUARA-JUARA AFC BAGI PEMEGANG PAS BERMUSIM BERMULA 1 SEPTEMBER

Jualan keutamaan bagi pemegang pas bermusim untuk membeli tiket perlawanan Liga Juara-Juara AFC akan dibuka pada 1 September bermula jam 2 petang.

Jualan akan dibuka untuk kesemua tiga perlawanan dan keutamaan ini akan ditutup tiga hari sebelum perlawanan dan akan dibuka jualannya kepada awam. Setiap pemegang pas bermusim boleh membeli dua keping tiket sahaja.

Sebagai contoh, jualan keutamaan bagi perlawanan pada 19 September akan ditutup pada 16 September dan dibuka kepada awam. Luaskan Kuasamu Johor.

Tiket untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale pada 19 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi https://ticket.tickethotline.com.my/club/johordarulta’zimii/08/home pada 16 September bermula jam 2 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket dan tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut.

Luaskan Kuasamu Johor!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!