Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024 (Terkini)

MySTEP 2024: Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sukacita dimaklumkan bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs!

Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.

Apakah MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.

Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.

Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif ini diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023.

Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Berkuatkuasa mulai tahun 2024, permohonan MySTEP dilaksanakan sepenuhnya melalui MYFutureJobs.

Daftar MYFutureJobs dan mohon jawatan MyStep di Kementerian dan Agensi Kerajaan seluruh Malaysia.

mystep kekosongan jawatan permohonan 2024

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (Bagi Sektor Awam)

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Kadar Upah / Bayaran

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC / GLIC / rakan strategik
Saranan Kadar Minimum*
(RM)
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

*Nota: Kadar yang disarankan bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Penempatan MySTEP

  1. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
    • Penempatan di Sektor Awam
    • Penempatan di GLC dan rakan strategik
  2. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
  3. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
  4. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  5. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Kemudahan

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:

Sektor AwamGLC / Rakan Strategik
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun ke atas18 tahun ke atas
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masingBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing

Cara Permohonan MySTEP 2024

Bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Untuk melihat senarai kekosongan, sila layari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.

Anda akan mendapati pelbagai tawaran kekosongan jawatan terkini seperti dalam paparan di bawah.

Anda juga boleh membuat tapisan mengikut negeri dan kelulusan berkaitan.

Iklan jawatan kosong personel MyStep ini akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh Portal MyFutureJobs.

Sila daftar & lengkapkan profil MYFutureJobs anda sekarang untuk mendapatkan update dan tawaran pekerjaan.

Pautan pendaftaran : https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

Anda hanya perlu memasukkan alamat e-mel, nombor kad pengenalan dan kemudian menetapkan kata laluan.

Setelah login, bolehlah anda memohon jawatan yang diiklankan.

Contoh Iklan Di Media Sosial

Selain itu, anda juga boleh membuat carian di media sosial untuk mengetahui tawaran pekerjaan terkini.

Namun, cara permohonan bagi jawatan MySTEP adalah sama, iaitu tetap melalui Portal MyFutureJobs.

Berikut antara iklan di media sosial bagi beberapa jawatan terkini bulan Januari 2024 :

permohonan mystep 2024
permohonan mystep

Garis Panduan

Garis Panduan mendaftar di Portal MyFutureJobs boleh dirujuk melalui lampiran berikut: https://myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2022/02/MYFutureJobs-Jobseeker-Manual.pdf?_ga=2.13292151.1537304890.1705132340-971997850.1703933554

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan cara membuat permohonan pekerjaan yang diiklankan oleh majikan termasuk Kementerian dan Agensi di bawah kendalian MyFutureJobs.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat terkini atau pertanyaan lanjut, sila layari portal MYFutureJobs (https://myfuturejobs.gov.my) atau https://candidates.myfuturejobs.gov.my atau portal Manfaat (https://manfaat.mof.gov.my).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!