Bantuan Kerajaan 2024: Perincian dan Penambahbaikan

Setiap tahun, kerajaan akan mengumumkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat sama ada bantuan baharu atau bantuan yang diteruskan, termasuklah bantuan kerajaan pada tahun 2024 ini.

Seiring dengan peningkatan kos sara hidup, kerajaan akan meneliti semula pelbagai jenis bantuan yang diberikan kepada penerima bersasar bagi memastikan ianya dimanfaatkan dengan sebaiknya dan mencapai matlamat utama pemberian bantuan tersebut.

Berikut merupakan perincian kepada Penambahbaikan Nilai Manfaat di Bawah Kerajaan MADANI buat Rakyat, Pelajar, Pendidik, Belia, dan Petani.

Bantuan khusus bagi Rakyat

Berikut merupakan rumusan bantuan kerajaan khusus bagi rakyat bagi tahun 2024:

bantuan kerajaan 2024

Bantuan khusus buat Pelajar, Pendidik dan Belia

Berikut merupakan rumusan bantuan kerajaan khusus bagi para pelajar, pendidik dan belia bagi tahun 2024:

bantuan kerajaan madani
  • Bantuan Awal Persekolah – Jumlah bantuan dan jumlah penerima dinaikkan
  • Pas Perjalanan Percuma Pelajar Sekolah dan OKU – Bantuan baharu diperkenalkan
  • Elaun Guru KAFA – Jumlah bantuan dinaikkan
  • Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal dan Siak – Jumlah bantuan dinaikkan

Bantuan khusus buat Petani

Berikut merupakan rumusan bantuan kerajaan khusus bagi golongan petani bagi tahun 2024:

bantuan kerajaan buat petani
  • Harga Lantai Belian Padi – Jumlah bantuan dinaikkan
  • Skim Subsidi Harga Padi – Jumlah bantuan dinaikkan
  • Bantuan Khas Pesawah – Bantuan baharu diperkenalkan
  • Skim Perlindungan Takaful Tanaman Padi – Bantuan baharu diperkenalkan
  • Insentif Pengeluaran Getah – Jumlah bantuan dinaikkan
  • Bantntuan Musim Tengkujuh – Jumlah bantuan dinaikkan

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk halaman Setahun Ekonomi MADANI di https://setahun.ekonomi.gov.my/

Pengenalan sistem PADU

Pemberian bantuan kerajaan pada tahun 2024 ini ditambah baik dengan pengenalan sistem PADU agar golongan yang benar-benar layak mendapat bantuan sahaja akan menerima bantuan yang dikeluarkan.

PADU ialah pangkalan data bersepadu yang menggabungkan pelbagai set data daripada sumber-sumber yang berbeza untuk meningkatkan kebolehcapaian dan integrasi data.

Pangkalan data bersepadu ini akan menjadi asas untuk menghasilkan pelbagai program bersasar seperti pemberian bantuan subsidi kepada golongan yang paling memerlukan, ke arah pembaharuan kebajikan sosial.

Pengenalan subsidi bersasar

Bantuan kerajaan juga ditambah baik pada tahun 2024 apabila kerajaan memperkenalkan program subsidi bersasar dimana berjuta ringgit wang dapat dijimatkan dimana wang tersebut dapat dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai jenis bantuan.

Misi dasar subsidi bersasar adalah untuk membawa pendekatan yang lebih adil dan mampan dalam pemberian subsidi.

Ketua Audit Negara melaporkan belanja subsidi sebanyak RM55.4 bilion, di mana golongan T20 (20% terkaya) menikmati lebih daripada 50% subsidi bahan api.

Anjakan dasar di mana subsidi disasarkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan boleh mengurangkan beban fiskal negara, memberi lebih ruang untuk pelaburan pembangunan dan pembiayaan program-program kebajikan sosial yang lebih bersasar.

Bantu kami share artikel ini: