MAPPA 2024 [LIVE] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, 16 Ogos 2024 & Pelarasan Gaji SSPA

Hari yang ditunggu telah tiba, Ayuh Pegawai Awam jom sama-sama kita saksikan MAPPA Ke-19 Tahun 2024 pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) pukul 8.00 pagi untuk menyaksikan amanat khas YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di PICC, Putrajaya.

MAPPA Ke-19 boleh juga disaksikan secara maya melalui FB LIVE Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

BACA JUGA: Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (18 – 24 Julai 2024)

Apa Itu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam?

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) telah menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam di Malaysia sejak tahun 2000. 

Pada tahun 2024, MAPPA kali ke-19 akan diadakan dengan penuh semangat dan harapan baru untuk perkhidmatan awam negara.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

MAPPA merupakan akronim bagi Majlis Perdana Perkhidmatan Awam. 

Ia mula diperkenalkan sejak tahun 2000 sebagai salah satu platform untuk seluruh penjawat awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi negara melalui amanat yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Untuk tahun 2024, hasrat disampaikan melalui amanat khas yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. 

Sepanjang dua dekad penubuhannya, MAPPA telah memainkan peranan penting dalam:

  • Menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada penjawat awam
  • Mengumumkan dasar-dasar baru yang memberi impak kepada perkhidmatan awam
  • Memberikan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang penjawat awam
  • Memperkukuhkan semangat dan motivasi dalam kalangan penjawat awam

Objektif MAPPA 2024

MAPPA dilaksanakan dengan tujuan:

  1. Menyediakan wadah perkongsian misi dan aspirasi Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama penjawat awam dalam mendepani pelbagai cabaran dan rintangan semasa negara.
  2. Memberi peluang kepada seluruh penjawat awam bagi menghayati hasrat terkini pucuk kepimpinan tertinggi negara dalam memenuhi ekspektasi rakyat yang semakin meningkat.
  3. Melonjakkan motivasi penjawat awam untuk berusaha bersungguh-sungguh demi kelangsungan agenda Malaysia MADANI.
  4. Meneguhkan hubungan yang simbiotik antara anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam upaya memacu negara mencapai aspirasi yang dihasratkan.

BACA JUGA: Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Tarikh & Lokasi MAPPA 2024

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Masa adalah, 8 pagi sehingga 12 tengahari.

MAPPA 2024 adalah kali ke-19 yang diadakan dan bakal menyaksikan kehadiran pegawai awam dari pelbagai skim perkhidmatan, wakil Kesatuan Sekerja dan wakil pesara secara fizikal dan dalam talian. 

Tema

Tema Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) adalah: “Perkhidmatan Awam MADANI”.

Tema ini mencerminkan aspirasi untuk membentuk perkhidmatan awam yang mampan dan berdaya tahan, bertanggungjawab dan berintegriti, dinamik dalam menghadapi cabaran, adaptif terhadap perubahan, nekad dalam mencapai kecemerlangan dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

Pra Pendaftaran MAPPA 2024

Anda boleh membuat daftar pra pendaftaran MAPPA 2024 di pautan berikut: https://www.iemg.intan.my/event/qe33Hik5xrFdLIeN 

Masuk adalah PERCUMA.

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024, Ogos Ini!

Aturcara Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19

9.00 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan dan Kenamaan.

9.15 pagi : Ketibaan YB Timbalan-timbalan Menteri.

9.25 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah    Perkhidmatan Awam.

9.30 pagi : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara.

9.40 pagi : Ketibaan YB Ahli Jemaah Menteri.

9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri ), YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof (Timbalan Perdana Menteri).

10.00 pagi : 

  • Ketibaan YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perdana Menteri), 
  • Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam 
  • Ikrar Perkhidmatan Awam 
  • Bacaan Doa 
  • Persembahan Multimedia Tema MAPPA  
  • Amanat YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri  
  • Wacana YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri  
  • Lawatan ke Reruai Pameran 

12.30 tengah hari : 

  • Makan tengah hari 
  • YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri meninggalkan majlis 
  • YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis 
  • Dif-dif kenamaan dan jemputan meninggalkan majlis 
  • Majlis bersurai 

Pautan Siaran Langsung [ LIVE Streaming ]

Hari yang ditunggu telah pun tiba, Ayuh Pegawai Awam jom sama-sama kita menyaksikan MAPPA Ke-19 Tahun 2024 pada pukul 9.30 pagi hari ini untuk menyaksikan amanat khas YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, di PICC Putrajaya secara maya di platform:

TERKINI : Intipati Ucapan Perdana Menteri dalam MAPPA 2024

  • PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu suatu ikhtiar, iltizam serta pentadbiran baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh penjawat awam
  • Jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam
  • Ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang
  • Kerajaan rakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang dilantik sebagai KSN
  • Aspirasi SSPA adalah berteraskan kepada keprihatinan Kerajaan kepada penjawat awam
  • Kerajaan setuju Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
  • SSPA mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani
  • Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan
  • Skim perkhidmatan yang mempunyai fungsi perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan lain
  • Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara
  • Kerajaan bersetuju menyeragam dan mengkelaskan semula gred jawatan secara menyeluruh berdasarkan keperluan semasa Perkhidmatan Awam
  • PM Datuk Seri Anwar mahu JPA melakukan audit perjawatan yang menyeluruh, bagi mengenalpasti ketidakseimbangan perjawatan
  • Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 2025
  • Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE
  • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat
  • Kerajaan bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib
  • Markah penilaian prestasi tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat ditingkatkan daripada 80 peratus kepada 85 peratus
  • Kenaikan pangkat, penempatan pegawai berpadanan dengan kompetensi sesuatu perjawatan (right person for the right post)
  • Kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia diperluas dalam syarat lantikan bagi 11 skim perkhidmatan
  • Kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) diperluaskan dalam syarat lantikan bagi 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM, tambahan kepada 18 skim perkhidmatan sedia ada
  • Kedudukan pelaburan negara kukuh, Januari hingga Mac 2024, Malaysia catat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor
  • PM Datuk Seri Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2

PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2
pelarasan gaji sspa kenaikan penjawat awam

Pelarasan gaji dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :

pelarasan gaji sspa kenaikan penjawat awam

Alhamdulillah!

Jom kira gaji baharu anda! Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA juga boleh diakses di

  • Reruai SSPA di MAPPA Ke- 19 (16 Ogos 2024)
  • Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : https://www.jpa.gov.my/
  • Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini, anda boleh ikuti saluran berikut:

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Laman Web Rasmi JPA : https://www.jpa.gov.my/
  3. Facebook Anwar Ibrahim

Jangan lupa ikuti media rasmi MAPPA 2024 seperti di bawah:

Bantu kami share artikel ini: