Cuti Bersalin Kerajaan / Swasta

Apabila seseorang wanita itu menyambut kelahiran, kebiasaannya wanita tersebut akan diberikan cuti bersalin bagi membolehkannya menjaga bayi yang dilahirkan dan pada masa yang sama memberi tempoh secukupnya untuk sembuh.

Waktu rehat juga membolehkan seseorang wanita mengamalkan penyusuan badan kepada bayi mereka yang baru lahir.

Persoalan yang seringkali timbul adalah, berapa lamakah tempoh cuti bersalin yang diberikan kepada seorang wanita yang baru bersalin?

Swasta vs Kerajaan

Bagi seorang penjawat awam, mereka tertakluk kepada pekeliling atau pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pekeliling terkini JPA boleh dirujuk pada pautan berikut https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2017/pp052017.pdf

Cuti bersalin ini adalah antara faedah yang diberikan kepada semua penjawat awam yang menyambut kelahiran dan mereka yang mengambilnya ini akan diberikan gaji penuh.

Sementara itu, bagi pekerja dalam sektor swasta pula mereka tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan Akta Buruh pindaan 2019.

Mengikut akta-akta ini, majikan wajib memberikan cuti bersalin kepada pekerja wanita yang bersalin bagi tempoh cuti 90 hari dengan byaran gaji penuh.

Cuti Bersalin kerajaan

cuti bersalin

Jadi, terpulanglah kepada anda mahu mengambil berapa banyak cuti setiap kali bersalin.

Sekiranya anda mengambil 90 hari, bermakna anda boleh mengambil cuti selama 90 hari sehingga anda melahirkan anak yang ke 4.

Mininum 60 hari, maksimum 90 hari. Sekiranya anda merancang mempunyai lebih daripada 4 0rang anak, maka anda mestilah bijak merancang kelahiran anda dengan mengurangkan tempoh cuti bersalin kurang dari 90 hari setiap kali bersalin.

Permohonan boleh dibuat dengan mencetak dan mengisi borang berikut http://www.pcb.gov.my/borang/Borang%20Kemudahan%20Cuti%20Bersalin.pdf

Anda boleh mula bercuti seawal 14 hari lebih awal dari tarikh jangkaan anda bersalin dan paling awal sekurang-kurangnya 22 minggu kelahiran.

Permohonan cuti anda walau bagaimanapun masih tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan tempat anda bertugas.

Cuti bersalin swasta

Bagi wanita yang bekerja di sektor swasta, mereka diberikan hak ini mengikut Akta Kerja 1955.

Cuti bersalin yang wajib diberikan oleh majikan adalah 90 hari dengan bayaran gaji penuh dan maksimum bagi 5 orang anak sahaja.

Tempoh 90 hari ini bermula apabila wanita tersebut mula mengambil cuti dan mereka dibenarkan mengambil cuti seawal 22 minggu temph kandungan.

Bagi si suami pula, mereka akan diberikan cuti 3 hari.

Sementara itu, proses permohonan bagi sektor swasta pula berbeza-beza bagi setiap syarikat dan untuk kepastian anda boleh merujuke kepada Ketua Jabatan atau Jabatan Sumber Manusia syarikat anda bekerja.

Merancang percutian tahun 2022? Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!