Perlawanan Akhir EURO 2024: Jadual Perlawanan & Pautan Live Update

Separuh Akhir EURO 2024: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan & Pautan Live Update

Separuh Akhir EURO 2024 bakal berlangsung tidak lama lagi dengan menampilkan empat pasukan terkenal iaitu Sepanyol, Perancis, Belanda dan England.

Artikel kali ini, kami akan berkongsi secara lanjut mengenai perlawanan dan jadual Separuh Akhir EURO 2024.

Baca juga:

EURO 2024

Separuh Akhir EURO 2024

Piala EURO 2024 diadakan pada tahun ini telah memasuki edisi ke-17. Negara Jerman telah dipilih menjadi tuan rumah untuk EURO 2024 bermula 14 Jun hingga 14 Julai.

Ia melibatkan 24 pasukan yang akan beraksi di 10 buah stadium bagi perlawanan yang telah dijadualkan.

Terdahulu, pada edisi 2022 Itali telah menjadi juara EURO 2020 apabila berjaya menewaskan England di peringkat akhir.

Mengikut rekod, pasukan Jerman dan Sepanyol adalah antara pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan masing-masing sebanyak 3 kali.

 Kesemua mereka telah diundi dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan.

  • Group A : Jerman, Scotland, Hungary, Switzerland
  • Group B : Sepanyol, Croatia, Italy, Albania
  • Group C : Slovenia, Denmark, Serbia, England
  • Group D : Poland, Belanda, Austria, Perancis
  • Group E : Belgium, Slovakia, Romania, Ukrain
  • Group F : Turkey, Georgia, Portugal, Czech Republic

Format pertandingan akan dimainkan secara round-robin satu pusingan untuk peringkat kumpulan. Dua pasukan teratas akan bertemu dalam peringkat kalah mati bersama empat pasukan terbaik di tempat ke-3.

Untuk peringkat kalah mati, ia akan bermula di pusingan 16 terbaik. Pasukan yang menang, akan layak ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhirnya di final. Tiada perlawanan bagi penentuan tempat ketiga.

Jadual Perlawanan Akhir EURO 2024

  • Tarikh: 15 Julai 2024 (Isnin)
  • Masa: 3.00 pagi
  • Lokasi: Olympiastadion, Berlin

Perlawanan akhir ini akan menampilkan Sepanyol dan England untuk merebut piala EURO 2024.

Sepanyol akan memburu gelaran Eropah keempat mereka sementara England akan beraksi di pentas final Eropah buat kali kedua berturut-turut.

Dari perlawanan terdahulu, Sepanyol dilihat berjaya menjuarai Kumpulan B dengan bergaya dan mara ke perlawanan akhir dengan penuh meyakinkan selepas menewaskan Georgia, Jerman dan Perancis.

England pun tidak kurang hebatnya juga. Ini adalah kali kedua England mara ke final EURO. Rekod terdahulu pada tahun 2021, England tewas pada perlawanan akhir di tempat sendiri di Stadium Wembley kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti.

Sepanyol sebelum ini pernah memenangi piala EURO sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1964, 2008 dan 2012. Sepanyol juga pernah menjadi naib juara pada 1984 apabila tewas kepada Perancis pada perlawanan akhir.

Sebagai satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus kemenangan, Sepanyol muncul pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan.

Ketika ini Sepanyol dan Jerman adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah Kejohanan Eropah, dengan masing-masing mempunyai tiga gelaran dan diikuti oleh Perancis dan Itali dengan dua gelaran.

Kredit: Instagram @foxsoccer

Senarai Pasukan Layak ke Peringkat Separuh Akhir EURO 2024

Separuh Akhir EURO 2024

Senarai 4 pasukan yang telah mara ke peringkat separuh akhir:

  1. 🇪🇸 Sepanyol
  2. 🇫🇷 Perancis
  3. 🇳🇱 Belanda
  4. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 England

Jadual Perlawanan Separuh Akhir EURO 2024

Sepanyol vs Perancis

  • Tarikh: 10 Julai 2024 (Rabu)
  • Masa: 3.00 pagi
  • Lokasi: Allianz Arena Stadium

Belanda vs England

  • Tarikh: 11 Julai 2024 (Khamis)
  • Masa: 3.00 pagi
  • Lokasi: Signal Iduna Park

Pautan Live Update Terkini

Anda boleh dapatkan maklumat terkini mengenai jadual perlawanan, keputusan, dan statistik pasukan dengan mengikuti pautan LIVE Update di laman rasmi UEFA EURO 2024.

Selain itu, anda juga boleh menikmati kesemua 51 perlawanan EURO 2024 ini secara LIVE di dua saluran sukan di Astro GO – SPOTV Stadia (CH 808), SPOTV2 Stadia (CH 809).

Terdapat juga liputan menyeluruh selain daripada perlawanan langsung seperti  Road to EURO, EURO Encore, rancangan majalah The Star Contenders dan banyak lagi. 

Jangan lupa saksikan Perlawanan Akhir EURO 2024, pasukan kegemaran siapa yang akan menang? Dan nantikan info terkini mengenai keputusan perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa khusus untuk peminat bola sepak.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi UEFA EURO 2024.

Bantu kami share artikel ini: