Berapa Hari Duit ASB Masuk Akaun Bank?

Bagi yang melabur dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), mungkin anda akan tertanya-tanya berapa hari duit ASB masuk ke dalam akaun anda?

Persoalan ini mungkin nampak remeh dan tidak penting bagi kebanyakan orang, tetapi sebenarnya penting untuk kita tahu kerana wang yang dilaburkan dalam ASB tersebut mungkin perlu digunakan apabil berlaku waktu kecemasan.

@ecentral.my

Ramai yang tak tahu berapa lama duit masuk ASB ke bank. Mungkin cara nak keluarkan duit ASB online pun masih keliru lagi. Ni panduan paling straightforward untuk korang. #asb #asbonline #asnb #duitasb #simpanan #pelaburan #GayaUntukRaya

♬ Hip Hop with impressive piano sound(793766) – Dusty Sky

Apabila anda hendak mengeluarkan wang daripada akaun ASB anda, ini bermaksud anda hendak menjual saham anda dalam ASB.

Anda boleh melakukan jualan balik dalam talian untuk kesemua unit amanah ASB atau sebahagian sahaja.

Jangan terkeliru antara ASB dan ASNB! ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB manakala ASNB pula merupakan syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat PNB.

Kemudahan pengeluaran wang

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Baca lagi: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter

Cara pengeluaran

myasnb

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB membolehkan pemegang unit untuk membuat pengeluaran dari unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB di saat memerlukan.

Laman web myASNB boleh dilayri di alamat https://www.myasnb.com.my/

Sekiranya anda ingin melakukan pengeluaran duit dari akaun ASB, anda juga boleh melakukannya melalui aplikasi myASB dengan memuat turun daripada pautan di bawah:

Caj pengeluaran

Tiada sebarang caj dikenakan.

Had pengeluaran / penjualan

Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan kerana ia merupakan satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.

Memandangkan unit amanah adalah bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang, pemegang unit digalakkan untuk mengekalkan pelaburan untuk memperoleh manfaat pelaburan dan hanya melakukan jualan balik ketika perlu.

Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.

Tempoh pengeluaran

Berbalik pada soalan utama, berapa lama tempoh duit ASB masuk akaun?

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan. Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Bantu kami share artikel ini: