Daun Kari: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul

Daun kari sering digunakan sebagai perasa dalam masakan kerana baunya yang sangat wangi.

Namun tahukah anda, daun ini mempunyai manfaat yang cukup banyak pada kesihatan diri?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun kari dan tips mudah untuk tanam di rumah.

Baca juga:

Apa itu daun kari?

daun kari

Daun kari (Murraya koenigii) dikenali sebagai “kariveppilai” dalam Bahasa Tamil. Ia banyak dijumpai di negara-negara Asia Selatan seperti Sri Lanka, Bangladesh, China, India, dan sebagainya.

Daun tumbuhan ini memiliki aroma tersendiri yang cukup kuat ala-ala masakan India. Untuk mengenalinya mudah sahaja, ciri daunnya tersusun pada satu rakis.

Kandungan nutrisi dalam daun kari

Berikut kami kongsikan kandungan nutrisi yang terkandung dalam daun kari:

NutrisiPer 0.5 g
Kalori0.1
Kalium 1.5 Mg
Vitamin A0.50 %
Kalsium0.001
Vitamin C0.10 %
Vitamin B-60.10 %

*Kandungan nutrisi ini bergantung kepada keadaan daun tersebut sama ada segar, dikeringkan, atau digoreng.

Khasiat daun kari

Terdapat banyak khasiat daun kari kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:

1. Menurunkan paras kolesterol

daun kari

Daun kari mempunyai khasiat yang membantu menurunkan paras kolesterol darah dalam badan.

Hal ini kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi mampu untuk menghalang pengoksidaan kolesterol yang menghasilkan kolesterol LDL (kolesterol jahat).

Ia secara tidak langsung boleh meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL) dan melindungi daripada aterosklerosis dan penyakit jantung.

2. Melancarkan penghadaman

Salah satu dari kelebihan daun ini adalah boleh melancarkan penghadaman.

Ia dipercayai mempunyai sifat julap yang ringan dalam Ayurveda yang membantu perut untuk menyingkirkan bahan buangan yang tidak perlu.

3. Mempercepatkan pertumbuhan rambut

daun kari

Ekstrak pada daun kari membantu menguatkan akar rambut yang nipis, dan rambut yang gugur. 

Selain itu, ekstrak daun telah menunjukkan aktiviti antikulat terhadap jangkitan kulat kulit, justeru itu ia boleh digunakan untuk merawat kelemumur.

4. Meningkatkan kesihatan mata

Daun ini kaya dengan vitamin A yang mengandungi karotenoid mengurangkan kemungkinan kerosakan pada kornea.

Kurangnya pengambilan vitamin A boleh menyebabkan gangguan mata termasuk rabun malam, kehilangan penglihatan dan sebagainya.

Daun ini memastikan retina anda selamat dan terlindungi daripada masalah kehilangan penglihatan pada masa yang lama.

5. Menurunkan berat badan

Bagi anda yang mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan, anda boleh menggunakan herba dari daun kari.

Ia adalah salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan lemak yang terkumpul di dalam badan.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa daun ini membantu mengurangkan bilangan trigliserida dan kolesterol bagi mencegah obesiti.

6. Membantu merawat luka

Sapu pes daun kari pada luka, ruam, bisul, dan luar bakar yang ringan. Ia boleh membantu mencegah dan menghapuskan pelbagai jangkitan yang berbahaya dari luka tersebut.

7. Mengurangkan morning sickness

Masalah morning sickness adalah gejala mual dan muntah pada awal pagi yang berlaku pada wanita hamil sebagai salah satu tanda-tanda kehamilan.

Hal ini kerana ia mempunyai sifat karminatif yang merawat masalah kembung perut dan gas dalam perut, sekali gus membantu penghadaman.

Ketidakhadaman inilah yang menjadi punca utama mual pagi dan loya.

8. Mencegah anemia

Kandungan zat besi dan asid folik dalam daun ini membantu mengekalkan kiraan sel darah merah dalam badan.

9. Menurunkan paras gula dalam darah

Salah satu manfaat kesihatan terbesar daun ini ialah ia berpotensi untuk mengawal diabetes.

Melalui penggunaan daun kari dalam diet seseorang, sel pankreas yang menghasilkan insulin boleh dirangsang dan dilindungi.

10. Menyihatkan hati

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa daun ini mempunyai ciri-ciri perlindungan hepato yang kuat bagi tanin dan alkaloid karbazol.

Selain itu, apabila digabungkan dengan vitamin A dan vitamin C, sifat anti-oksidatifnya yang sangat kuat bukan sahaja boleh menghalang tetapi juga mengaktifkan organ yang berfungsi dengan lebih berkesan.

Kegunaan daun kari

Aroma wangi dan kuat pada daun ini memberikan aura khusus untuk menyiapkan sajian ala India seperti gulai kari.

Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, daun ini juga banyak dijadikan pelbagai produk lain seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.

Cara tanam daun kari di rumah

daun kari

Cara paling mudah untuk tanam daun kari adalah dari keratan batang. Berikut adalah caranya:

  1. Potong batang kari yang sudah tua dalam ukuran 4-5 inci.
  2. Buang kulitnya separuh bahagian.
  3. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke arah bawah. Ini akan memudahkan tunas keluar dengan lebih banyak.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun kari dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Curry Leaves (Kadi Patta): Uses, Benefits, Side Effects and More! PharmEasy
  2. Curry Leaves – Benefits, Nutrition, and Recipes. HealthifyMe
Bantu kami share artikel ini: