Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2024 – TAWAS

Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli Tabung Warisan Anak Selangor yang bakal masuk ke tahun 1 pada tahun 2024 akan berlangsung tidak lama lagi.

Sila kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas maklumat bagi sesi agihan yang akan datang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Tabung Warisan Anak Selangor dan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2024.

Apakah TAWAS?

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.

TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Semakan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2023

Sesi serahan bagi Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS pada setiap tahun.

Sila buat semakan di pautan berikut:

https://tawas.yawas.my/admin/semakan_pbms.php

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

Panduan Pengambilan Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS 2017/2024

Pemakluman melalui sistem pesanan ringkas “SMS” akan mula diberi sekitar bulan Disember 2023 hingga Februari 2024 nanti.

Tuntutan bantuan boleh dibuat melalui pejabat DUN atau program serahan yang akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS.

Pengambilan Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS 2017/2024

Kemaskini Maklumat

Perhatian kepada ibubapa/penjaga ahli SiManja Tawas kelahiran 2017 yang akan bersekolah ke darjah 1 tahun 2024, sila kemaskini segera maklumat anda di pautan ini 

https://tawas.yawas.my/login.php

Ini bagi mengelakkan anak anda terlepas panggilan Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tarikh tutup kemaskini pada 16 Oktober 2023.

program bantuan masuk sekolah tawas

Kemaskini sekarang di https://tawas.yawas.my

Pendaftaran Ahli TAWAS

Borang Pendaftaran online sebagai ahli TAWAS boleh didapati di pautan berikut: https://pawas.yawas.my/

Pendaftaran hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :

  • Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
  • Salinan MyKad Ibu dan Bapa
  • Salinan MyKad Penjaga (jika perlu)
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
  • Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi syarat II & III)
  • Surat Pengesahan Penyakit Kronik Dan Masih Dalam Rawatan (Sekiranya Anak Mempunyai Penyakit Kronik)

Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari Tarikh Pendaftaran Online dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Maklumat Lanjut

Sila isikan borang di pautan di bawah jika anda mempunyai sebarang aduan dan juga pertanyaan berkenaan program di bawah IPR Selangor.

https://icare.yawas.my/aduan/

MAKLUM BALAS DAN JAWAPAN AKAN DIBUAT MELALUI PANGGILAN TELEFON ATAU EMAIL. SILA PASTIKAN MAKLUMAT NOMBOR TELEFON DAN EMAIL YANG DIBERIKAN ADALAH TEPAT.

Bantu kami share artikel ini: