SPPP: Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (Daftar SSM Percuma)

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Tahukah anda, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Jangan lepaskan peluang untuk menerima manfaat pendaftaran syarikat secara percuma ini!

Rujuk syarat dan cara permohonan dalam penerangan di bawah:

Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) 2023?

Inisiatif SSM mendaftarkan perniagaan usahawan kumpulan B40 & pelajar IPT sepenuh masa secara percuma menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Melalui skim ini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

​Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM30
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM60
​3.​Cetakan maklumat​RM10

Mereka yang layak boleh membuat permohonan boleh dibuat secara online menerusi Portal rasmi ezbiz.ssm.com.my

Kelayakan Daftar SSM Percuma SPPP

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  • (a) Pemegang MyKad/MyPR;
  • (b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • (c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. 

KATEGORI PELAJAR IPTA/S

  • (a) Pemegang MyKad/MyPR;
  • (b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • (c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  • (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

Cara Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my.

Berikut adalah langkahnya:

SSM ke arah pelaksanaan perkhidmatan secara dalam talian (online) sepenuhnya bagi urusan berikut :

  • Pendaftaran Perniagaan
  • Pembaharuan Perniagaan
  • Pembayaran kompaun lewat pembaharuan
  • Penukaran maklumat pendaftaran
  • Penutupan perniagaan (perniagaan masih aktif sahaja)
  1. Sila layari pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama sebagai pengguna EzBiz melalui – http://ezbiz.ssm.com.my
  2. Untuk pengaktifan ID ezbiz boleh menggunakan cara > login portal ezbiz > user profile > user verification request > add new
  3. Lampirkan dokumen seperti diminta
  4. Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.
    • Nama sendiri sebagai nama perniagaan *contoh ALI BIN ABU* Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan.Fi pendaftaran RM30.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00
    • Nama tred sebagai nama perniagaan *contoh ali maju boutique*Fi pendaftaran RM60.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00

Maklumat / dokumen yang diperlukan

Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

sppp

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected]

• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage

Bantu kami share artikel ini: