Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Menurut PM, Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Disebabkan tanggungjawab ini besar, PM berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakannya.

Berikut dikongsikan info ini selanjutnya.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Maka nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti dalam jadual di bawah:

GolonganBantuanJumlah
NelayanRM300 + RM200RM500
Pesawah PadiRM200 + RM200RM400
Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000
bantuan aidilfitri pekebun pesawah nelayan 2023

Sumber infografik: Jabatan Komunikasi Komuniti

Tarikh Bayaran

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 dan selewat-lewatnya 14 April 2023.

Saluran Pembayaran

Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Baca juga :

Bantu kami share artikel ini: