Skim Peduli Sihat (Iltizam Selangor Sihat) : Semakan, Permohonan

Skim Peduli Sihat bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan B40 terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.

Dibawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Kerajaan negeri Selangor juga ada menyediakan skim Rumah Selangorku bagi memudahkan rakyat memiliki rumah pertama.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan penambahbaikan Program Skim Insurans Peduli Sihat kepada Program Iltizam Selangor Sihat.

Dalam pembaharuan ini, disasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar yang berkelayakan bakal menerima rawatan asas serta manfaat perlindungan kesihatan.

Program Iltizam Selangor SIhat ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih serta penambahan manfaat perlindunganyang boleh dimohon/dituntut oleh ahli aktif/waris.

Berikut adalah maklumat lanjut terkini tentang manfaat, kelayakan, cara permohonan serta semakan Iltizam Selangor Sihat yang perlu anda tahu terutamanya sebagai rakyat Selangor.

peduli sihat iltizam selangor sihat

Manfaat Program Iltizam Selangor Sihat (Skim Peduli Sihat)

1. Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA)

Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) kini dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA). Skim ini membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital dan klinik swasta.

Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang. Manakala untuk rawatan pesakit luar individu memperoleh RM250.00 setahun.

Program ini telah dijalankan pada tahun 2018, dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai Skim ISSPA yang memberi manfaat kepada 10,000 Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Kelebihan SKIM ISSPA adalah seperti berikut :

  • Pengecualian polisi “pre-existing condition”
  • Pengecualian polisi “specified-illnesses”
  • Pengecualian polisi “waiting period”
  • Pengecualian polisi “co-payment”

Kriteria

Kriteria yang telah ditetapkan bagi Skim ISSPA adalah seperti berikut :

  • Penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah
  • Berusia 60 tahun ke bawah.

2. Skim Rawatan Jantung

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dan UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri.

Kriteria & Syarat Kelayakan

Terdapat 2 kategori yang telah ditetapkan dalam Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor iaitu Kategori A dan Kategori B.

SYARAT DAN KELAYAKANKATEGORI A :
Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).
KATEGORI B :
Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) & Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.
WARGANEGARA DAN TARAF PEMASTAUTINWarganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
PENDAPATAN ISI RUMAHBawah RM3,000 sebulanBawah RM8,000 sebulan
MEKANISME RUJUKAN PESAKIT (REFERRAL MECHANISM)Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital KerajaanKelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor
HAD PEMBIAYAAN1. Saringan Jantung2. Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)3. Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)*Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja1. Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)*Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.
Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri.
*Pemohon yang telah diluluskan hanya layak menerima sekali pembiayaan sahaja.

Kaedah Permohonan

Kategori A

Saringan

1. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik / Hospital Kerajaan (KKM)

2. Surat rujukan berserta kad pengenalan perlu dihantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.

3. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.

Prosedur Pembedahan

1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor:

https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel [email protected]

2. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.

** Pemohonan yang lulus layak mendapat 2 kali rawatan susulan (Tertakluk terma dan syarat)

Kategori B

Prosedur Pembedahan

1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel [email protected].

2. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.

*Setiap permohonan hanya lulus layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja. (Tertakluk terma dan syarat)

Nota:

  • Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak Selcare melalui emel [email protected] dan permohonan mengambil masa 14 hari bekerja.
  • Pengambilan ubat, rawatan susulan, konsultasi atau rawatan ulangan tidak dibenarkan. Hanya yang lulus pembedahan sahaja yang layak mendapat rawatan susulan (2 Kali).

Manfaat Iltizam Selangor Sihat

1. Manfaat Asas

Rawatan Asas & Vaksinasi

  • rawatan asas ini adalah termasuk rawatan gigi di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat (ISS).
  • Peruntukan adalah RM 500/setahun (Kategori Keluarga) atau RM 250 setahun (Kategori Individu).

2. Manfaat Hospitalisasi

Had sebanyak RM 10,000 sahaja (Pemohon utama sahaja)

Polisi Manfaat Hospitalisasi Iltizam Selangor Sihat :

  1. Had Tahunan : RM10,000 (Ahli prinsipal sahaja)
  2. Perlindungan serta merta
  3. Had Umur : 80 tahun ke bawah
  4. Perlu mendapatkan dokumen pra-rawatan dan surat rujukan dari :
    • (i) Klinik Selcare / The KL Clinic
    • (ii) Telemedicine Selcare menerusi aplikasi Selangkah
    • (iii) Klinik Kesihatan / Hospital Kerajaan
  5. Rawatan bagi kes kecemasan di Hospital Kerajaan sahaja
  6. Kemasukan wad (hospitalisasi) di hospital panel Selcare
  7. Terma dan syarat bagi pengecualian standard hospitalisasi adalah terpakai (kes-kes tidak ditanggung)

Anda boleh semak senarai hospital panel KERAJAAN dan SWASTA untuk manfaat hospitalisasi di pautan berikut :

https://www.iltizamselangorsihat.com/manfaathospitalisasi.php

3. Manfaat Tambahan Perlindungan

Manfaat Perlindungan Pemohon Utama
Kematian SemulajadiRM5,000 sekali tuntutan sahaja
Penyakit KritikalRM5,000 sekali tuntutan sahaja
(tidak meliputi penyakit sedia ada)
(*Tertakluk pada terma dan syarat)
Manfaat Perlindungan Keluarga Berdaftar
Penyakit KritikalRM2,000 sekali tuntutan sahaja
(tidak meliputi penyakit sedia ada)
(*Tertakluk pada terma dan syarat)

Butiran Had Tahunan

BUTIRANJumlah (RM)
Had Tahunan Plan Kategori KeluargaRM 500/Setahun
Had Tahunan Plan IndividuRM 250/Setahun
Had Gunaan Setiap Kali RawatanRM 70/Rawatan
Had Gunaan Suntikan VaksinasiJenis Vaksin dan Had Harga
– Pneumococcal (RM 180)
– Meningcoccal (RM 180)
– Typhoid (RM 80)
– Influenza (RM 80)
– Hepatitis B (RM 55)

Senarai Panel Klinik Iltizam Selangor Sihat (Peduli Sihat)

Pemohon boleh membuat semakan dan carian panel klinik menerusi pautan ini : https://secure.iltizamselangorsihat.com/site/provider-locator

Cara Permohonan

Untuk permohonan baharu, sila muat turun borang di bawah :

Nota : Borang ini juga boleh dimuat turun di laman sesawang iltizamselangorsihat.com/pendaftaran.html.

Dokumen Diperlukan

Di samping Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat, pemohon juga perlu kemukakan dokumen seperti berikut :

– Salinan Slip gaji / pencen terkini / EA / KWSP/ Akuan Pendapatan

– Salinan K/P pemohon dan tanggungan (*anak bawah 21 tahun)(bagi permohonan kategori keluarga)

– Salinan kad OKU (Jika ada)

– Salinan SPR semakan Pemohon Utama

Permohonan yang lengkap perlulah dihantar ke Pejabat ADUN/Pejabat Penyelaras ADUN yang berdekatan (*tertakluk pada terma dan syarat)

Anda boleh membuat semakan senarai alamat pejabat Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Penyelaras DUN di pautan ini :

https://www.iltizamselangorsihat.com/img/DUN_LIST.pdf

Semak Status Permohonan

Setelah menghantar permohonan, anda boleh semak status sama ada permohonan anda telah diluluskan di pautan berikut :

https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila isikan maklumat serta butiran peribadi di pautan berikut :

https://www.iltizamselangorsihat.com/hubungi-kami.php

Anda juga boleh terus hubungi talian 24 jam di 1-800-22-6600.

Bantu kami share artikel ini: