Pendaftaran STPM 2023 (Majlis Peperiksaan Malaysia)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tawaran kemasukan bagi pelajar Tingkatan 6 untuk tahun 2023 bagi menduduki STPM.

STPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya Universiti di negara-negara Komanwel dan Amerika Syarikat.

Untuk makluman, STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang turut menyediakan Malaysian University English Test (MUET).

Baca Juga : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier

STPM 2023

Tarikh Pendaftaran STPM 2023

Lepasan SPM yang berminat untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat STPM boleh lakukan permohonan secara atas talian bermula 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Syarat Am :

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022.

Syarat Khas

a. Bidang Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan.
  • Fizik.
  • Kimia.
  • Biologi.
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
  • Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/
  • Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal.

b. Bidang Sains Sosial

i. Sekolah Menengah Harian.

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlahmata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajarandaripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:

• Bahasa Melayu.

• Bahasa Inggeris.

• Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif

• Sejarah.

• Geografi.

• Pendidikan Seni Visual.

• Komunikasi Visual.

• Seni Halus.

• Teater.

• Reka Bentuk.

• Pendidikan Muzik.

• Muzik.

• Tari.

• Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

• Matematik/ Matematik Tambahan.

 • Prinsip Perakaunan.

• Sains/ Sains Tambahan.

• Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.

• Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Usul Al-Din/ Al-Syariah.

• Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.

• Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Punjabi/ Kesusasteraan Tamil/ Kesusasteraan Cina/ Bible Knowledge/ Bahasa Semai.

• Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.

ii. Sekolah Menengah Agama

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:

 • Tasawwur Islam.

• Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.

• Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.

 • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah.

 • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.

iii. Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

– Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan

– Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:

• Tasawwur Islam.

• Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.

• Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.

• Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah.

• Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.

Untuk keterangan lanjut, calon boleh rujuk pada Soalan Lazim di pautan berikut :

https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20TINGKATAN%20ENAM%20TAHUN%202022.pdf

Cara Daftar STPM

Calon boleh lakukan pendaftaran STPM 2023 secara atas talian di pautan https://online.mpm.edu.my/

Pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh dibuat di sekolah atau institusi.

Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan: https://mypay.com.my/web/mpm

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran STPM 2023, sila emelkan ke alamat [email protected].

Maklumat berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam juga boleh diperoleh daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my/).

Selain itu, murid juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing melalui telefon/emel (rujuk portal yang sama).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!