PDP-PAKK: Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ambilan sesi Oktober 2022.

Pdp pakk pendidikan awal kanak-kanak

Apakah Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)?

Program ini dibuka khas kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syarat Akademik

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau

Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:

  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester

Yuran Pengajian Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

  • Semester 1 (RM1470.00)
  • Semester 2 (RM1020.00)
  • Semester 3 (RM1020.00)
  • Semester 4 (RM1020.00)
  • Semester 5 (RM1020.00)
  • Semester 6 (RM2280.00)

Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00

Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00

Jumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.

Cara Permohonan Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)

PENTING: Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:

i) Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)

ii) Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan

iii) Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM

iv) Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)

v) Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Maklumat Lanjut

Layari https://bit.ly/pdppakk untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

E-mel: [email protected]

Soalan Lazim: https://sites.google.com/view/pdppakk/soalan-lazim

Baca juga: Rayuan & Semakan Tawaran Politeknik / Kolej Komuniti 2022/2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!