SKPMG2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMG2 atau “Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2” merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada maklum balas pelbagai pihak.

SKPMG2 telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan.

Penambahbaikan kepada SKPMG2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKPMG2 serta panduan untuk membuat pelaporan.

Apa Itu SKPMG2?

SKPMG2 telah dibina dengan format baharu yang dibangunkan khusus sebagai panduan kepada pentadbir dan warga sekolah dengan instrumen berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti dan berasaskan evidens.

Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.

Instrumen yang ditekankan

Draft pertama yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang.

Berikut merupakan instrumen SKPMG2 yang perlu diberikan penekanan:

  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan organisasi
  3. Pengurusan kurikulum
  4. Kokurikulum dan Hal ehwal murid
  5. Pembelajaran dan Pemudahcaraan
  6. Kemenjadian murid

Penekanan diberikan melalui peranan guru besar/pengetua sebagai peneraju, pembimbing, dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah selain peranan guru juga ditekankan sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Akses portal

Sistem SKPMG2 boleh diakses melalui portal NKR di alamat https://nkra.moe.gov.my/.

NKRA merupakan singkatan kepada “National Keys Result Areas” yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Sumber: https://www.moe.gov.my/
skpmg2

MUAT TURUN LAZIM (FAQ) :

Pemetaan SKPMG2

Standard 1 : Kepimpinan

  1. PGB sebagai Peneraju
  2. PGB sebagai Pembimbing
  3. PGB sebagai Pendorong

Nota: PGB = Pengetua / Guru Besar

Standard 2 : Pengurusan Organisasi

  1. Pengurusan Sumber Manusia
  2. Pengurusan Aset
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan Sumber Pendidikan
  5. Iklim
  6. Pengurusan Perpaduan
  7. Permuafakatan Strategik

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

  1. Kurikulum
    • Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan Mata Pelajaran
    • Pengurusan Masa Instruksional
    • Pengurusan Penilaian Murid
  2. Kokurikulum
    • Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
    • Pengurusan Kelab / Persatuan
    • Pengurusan Badan Beruniform
    • Pengurusan Sukan / Permainan
    • Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Pengurusan Sukan Untuk Semua
    • Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
  3. Hal Ehwal Murid
    • Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
    • Pengurusan Disiplin Murid
    • Pengurusan Keselamatan Murid
    • Pengurusan Kesihatan Murid
    • Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
    • Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

  1. Guru Sebagai Perancang
  2. Guru Sebagai Pengawal
  3. Guru Sebagai Pembimbing
  4. Guru Sebagai Pendorong
  5. Guru sebagai Penilai
  6. Murid sebagai Pembelajar Aktif

Standard 5 : Kemenjadian Murid

  1. Kemenjadian Murid Dalam Akademik
  2. Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
  3. Kemenjadian Sahsiah Murid 

Muat Turun Panduan SKPMG2

SKPMg2
Nama DokumenDokumen Muat Turun
 Panduan SKPMg2 MUAT TURUN
 e-Book SKPMg2 MUAT TURUN
Versi PelancaranMUAT TURUN

Lagu Tema

Muat turun Lagu Tema SKPMG2 : https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/UKK/2017/09_Sept/2.%20SKPMg2.mp3

Muat turun Minus One : https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/UKK/2017/09_Sept/3.%20SKPMg2%20MINUS1.mp3

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!