BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2024

Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Sabah yang layak.

Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengenalan Bantuan BUDI Sabah

BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.

Bagi tahun ini, bantuan ini akan terus dipertimbang dan diluluskan sehingga akhir tahun ini dengan sasaran lebih 6,000 pelajar.

BUDI sabah

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM2000

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off dibuka kepada pemohon yang layak.

Seperti tahun sebelumnya, pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun.

Syarat-Syarat Kelayakan BUDI Sabah 2024

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pelajar adalah warganegara Malaysia berasal daripada Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun serta ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40.
  • Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta pada tahun 2024 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Surat Beranak (Pemohon & ibu dan bapa)Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu dan bapa)Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan BekerjaSurat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Kemasukan daripada Institusi Pengajian pemohon.
  • Bantuan sebanyak RM 1,500 bagi Peringkat Pengajian Diploma/Asasi dan Matrikulasi manakala RM 2,000 untuk Ijazah Sarjana Muda.
  • Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) secara atas talian (online) sahaja di pautan https://budi.sabah.gov.my/.
  • Permohonan yang diluluskan, sumbangan one off akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.

Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI Sabah

Pelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut : https://budi.sabah.gov.my/

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan surat beranak (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan kad pengenalan/sijil cerai/sijil kematian (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.

Senarai Bantuan Pendidikan Oleh Kerajaan Negeri Sabah

Berikut dikongsikan juga inisiatif senarai bantuan-bantuan pendidikan untuk rakyat Sabah yang boleh dimohon melalui Kerajaan Negeri Sabah :

BAKTI : Bantuan Khas Tunai Peperiksaan – RM200 / seorang

budi sabah

BAIK : Bantuan Ihsan Komputer Sabah (1 komputer untuk 1 isi rumah)

budi sabah
Baca selanjutnya : https://ecentral.my/bantuan-ihsan-komputer-2-0/

BISTARI : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri – RM100 bagi setiap bayi

budi sabah
Baca selanjutnya : https://ecentral.my/bistari/

AKSA : Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah

BALKIS : Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah

BISBAH : Bantuan Ihsan Sekolah Sabah

BAGUS : Bantuan Aktiviti PIBG Sabah

SEMESTA : Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah :

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Telefon : 088-369872

Laman Web : https://mttk.sabah.gov.my/

*Untuk makluman, semua penaja utama dalam pendidikan di negeri Sabah kini telah digabungkan di bawah satu platform dikenali Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) . Layari https://ptps.sabah.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: