Cara Pengiraan Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam

Formula Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam

Adakah anda penjawat awam yang bakal bersara?

Seperti yang kita tahu, penjawat awam akan mendapat pelbagai faedah persaraan apabila cukup syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Di sini kami kongsikan info daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) berkenaan formula cara pengiraan pencen dan faedah persaraan yang akan diterima.

Formula Pengiraan Pencen & Faedah Persaraan Yang Akan Diterima

Disebabkan ramai yang bertanya tentang formula pengiraan faedah persaraan, berikut disenaraikan untuk makluman bersama:

  1. GANJARAN PERKHIDMATAN
    • 7.5% x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
  2. PENCEN BULANAN*
    • 1/600 x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
  3. AWARD WANG TUNAI GCR
    • 1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji Pokok Akhir

*Terhad kepada 360 bulan (Bagi tempoh perkhidmatan 360 bulan dan ke atas pengiraan pencen bulanan diambil terus 60% dari gaji pokok akhiratau 3/5 daripada gaji pokok akhir)

Di bawah ini kami kongsikan formula pengiraan dengan pautannya sekali.

Anggaran Kadar Faedah Persaraan Wajib / Pilihan

Untuk pengiraan secara automatik, sila klik pada pautan yang dikongsi di bawah, supaya anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila kalian berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.

Masukkan maklumat yang tepat, kalian boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.

Tertakluk maklumat yang anda masukkan.

Klik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib

http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html

Klik pautan di bawah ini, bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan

http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html

Sekian harap bermanfaat.

P/S : Sambil berehat nanti, dah lapang-lapang boleh lah buat anggaran pengiraan. Fikir sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: