MyPesara – Semakan Penyata Pencen Online
Adakah anda ingin mengetahui cara mudah menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan?
Antara kelebihan bagi seorang pesara kerajaan tentulah duit pencen yang diterima setiap bulan.
Bagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang persaraan bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Disember 2024 kerana terdapat kenaikan SSPA yang baru dilaksanakan menggantikan skim sebelumnya iaitu SSM.
Kini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja.
Cara Kira Kenaikan Wang Persaraan Selepas Penyelarasan SSPA
Kerajaan telah bersetuju memberikan kenaikan pencen pesara dengan pelaksanaan SSPA mulai Disember 2024 ini.
Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?
Mudah sahaja. Ini formulanya :
[1/600 x tempoh perkhidmatan* x Gaji Akhir Bersamaan 2024] + PKKP**
Perhatian:
- * Jika tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024.
- ** Amaun PKKP hanya diberikan kepada pegawai yang bersara pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja.
Dalam portal MyPesara juga ada disediakan formula pengiraan untuk memudahkan kalian buat pengesahan sendiri atas amaun pencen baharu yang telah sedia dipaparkan.
NOTA KHAS BERKAITAN PKKP :
PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.
PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.
Langkah – Langkah Pengiraan Penyelarasan Pencen 2024 (Fasa 1)
- Dapatkan amaun Gaji Akhir Bersamaan 2024 seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Ikut amaun dan kadar yang ditetapkan mengikut kumpulan perkhidmatan pesara.
- Masukkan formula bagi penyelarasan pencen 2024 seperti berikut setelah dapat amaun Gaji Akhir Bersamaan 2024 baharu :
- (1/600 x Jumlah Bulan Perkhidmatan* x Gaji Akhir Bersamaan Tahun 2024) + PKKP** = Pencen Baharu
ATAU - Bagi pegawai (i) yang bersara kerana penswastaan; atau (ii) yang dibersarakan atas sebab kesihatan sebelum tarikh 1.1.2018; atau (iii) yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, dengan tempoh perkhidmatan KURANG 10 tahun, boleh gunakan formula ini :
(1/5 x Gaji Akhir Bersamaan Tahun 2024) + PKKP** = Pencen Baharu
- (1/600 x Jumlah Bulan Perkhidmatan* x Gaji Akhir Bersamaan Tahun 2024) + PKKP** = Pencen Baharu
Maklumat berkenaan (i) Jumlah Bulan Perkhidmatan; (ii) Gaji Akhir Bersamaan 2024; (iii) Amaun PKKP; dan (iv) Amaun Pencen Baharu pun, boleh kalian dapati melalui portal ini https://portalmypesara.kwap.my atau aplikasi MyPesara.
*Catatan :
- Terhad 360 bulan perkhidmatan sahaja bagi tempoh perkhidmatan yang melebihi 360 bulan atau melebihi 30 tahun.
- Jika lebih tempoh perkhidmatan 30 tahun dan ke atas gunakan formula ini, 3/5 x Gaji Akhir Bersamaan 2024 atau 60% x Gaji Akhir Bersamaan Tahun 2024.
**Catatan :
PKKP (Pemberian Khas Kepada Pesara), hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan.
Rujuk : PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Januari – Disember 2025)
Baca juga:
- Kalkulator Pencen 2024 & Kiraan Penyelarasan Kenaikan Pencen SSPA
- Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2025
- Pencen SSPA – Persoalan Tentang Pencen & Faedah Persaraan
Semakan Penyata Bayaran Pencen
Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.
Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di pautan https://portalmypesara.kwap.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Masukkan No. Akaun Pencen
- Pilih pilihan Tahun
- Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
- Klik pada butang Hantar
- Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul
Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.
Artikel berkaitan:
- Tarikh Bayaran Pencen PERKESO
- JHEV: Semakan Jadual Pencen Pesara Tentera / Penyata Veteran ATM
- 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
- Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025 (Jadual Bulanan)
Aplikasi MyPesara
Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.
Untuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:
- App Store – Pengguna iOS
- Google Play – Untuk pengguna Android
Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi https://portalmypesara.kwap.my
Sumber: Bahagian Pencen JPA