99 Wonderland Park, Selangor – Cara Beli Tiket Masuk Di KLOOK!

99 wonder land park
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

99 Wonderland Park yang terletak di Selayang, Selangor ini adalah salah satu lagi taman rekreasi yang sangat menarik untuk diterokai. 

Dengan gabungan pemandangan malam yang dihiasi lampu neon, tarikan haiwan eksotik, serta pelbagai aktiviti interaktif, taman ini menjadi pilihan utama untuk keluarga dan individu yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti berbeza di Selangor. 

Jom terokai keistimewaan 99 Wonderland Park ini melalui perkongsian di bawah.

99 Wonderland Park

99 Wonderland Park, yang juga dikenali sebagai “Wildlife in The City”,  adalah sebuah taman rekreasi yang mempunyai luas lebih kurang 23 ekar dan tempat perlindungan bermacam jenis haiwan dengan konsep bergaya urban. 

Sumber: KKday

Taman ini merupakan hasil usaha JL99 Group, sebuah pemaju hartanah Malaysia yang telah memperuntukkan lebih daripada RM18 juta untuk mengubah kolam tahanan terbiar menjadi taman rekreasi yang menakjubkan. 

Taman rekreasi ini mengamalkan konsep “terbuka”, iaitu membolehkan para pengunjung untuk berinteraksi dengan burung-burung dan haiwan-haiwan seperti angsa, penyu, burung unta, merak, rusa, burung nuri, mara, monyet kecil, meerkat, arnab, burung kuang, flamingo, dan sebagainya.

Bukan sahaja haiwan sebenar, taman ini turut mempunyai daya tarikan replika Trex bersaiz sebenar yang mampu mengaum. Kanak-kanak memang suka sangat dengan replika ini!

Promosi sempena Krismas 2024 (20 Dis 2024 – 1 Jan 2025) – Sumber : 99 Wonderland

Dengan lebih daripada 99 spesies haiwan dan 34 tarikan, 99 Wonderland Park menawarkan anda pengalaman yang menyeronokkan  di Kuala Lumpur!

Waktu Operasi

99 Wonderland Park beroperasi pada waktu yang berbeza bergantung pada hari dalam seminggu:

  • Hari biasa (Isnin hingga Khamis): 5.00 petang – 11.00 malam
  • Hujung minggu dan cuti umum (Jumaat & Sabtu): 5.00 petang – 12.00 tengah malam

Perlu diingat bahawa kebanyakan haiwan lebih aktif pada waktu petang dan malam, jadi lawatan pada waktu ini akan memberikan pengalaman yang lebih menarik. 

Sumber : 99 Wonderland

Lokasi dan Cara ke Sana

Alamat: 3a, Jalan 1, KM12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

99 Wonderland Park terletak berdekatan sahaja dengan Batu Caves dan sangat mudah diakses bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. 

Terdapat beberapa cara untuk sampai ke 99 Wonderland Park:

1. Memandu Sendiri

Jika anda memandu, anda boleh menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps dengan memasukkan alamat 99 Wonderland Park. 

Dari Kuala Lumpur, ikuti Jalan Ipoh dan cari papan tanda ke Selayang. Taman ini menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung.

2. Pengangkutan Awam

  • Bas: Anda boleh mengambil bas yang menuju ke kawasan Selayang atau Jalan Ipoh. Beberapa laluan bas utama seperti RapidKL menyediakan perkhidmatan ini. Pastikan untuk menyemak jadual bas dan turun di perhentian terdekat.
  • MRT/LRT: Naik tren ke stesen MRT atau LRT terdekat seperti Stesen Batu Caves. Dari stesen ini, anda boleh mengambil teksi, e-hailing, atau bas untuk ke taman.

3. E-Hailing

Yang paling mudah, anda boleh guna perkhidmatan e-hailing seperti Grabl. Anda hanya perlu memasukkan “99 Wonderland Park” sebagai destinasi, dan pemandu akan membawa anda terus ke pintu masuk taman. Harga tambang bergantung kepada jarak dari lokasi anda.

Harga Tiket Masuk

Harga tiket berbeza untuk pemegang MyKad dan pelancong asing. 

Untuk rakyat Malaysia, tiket bermula sekitar RM55 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. 

Manakala, bagi pelawat bukan warganegara Malaysia, harga tiket sedikit lebih tinggi. RM70 untuk dewasa, dan RM 50 untuk untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. 

Anda boleh menikmati diskaun istimewa semasa promosi tertentu​ atau, beli tiket melalui platform KLOOK. Biasanya KLOOK akan menawarkan harga tiket masuk ke 99 Wonderland Park ini dengan harga yang lebih murah apatah lagi sempena cuti sekolah atau perayaan tertentu. 

Harga Tiket Masuk 99 Wonderland di KLOOK sempena Krismas 2024 & Tahun Baru 2025

Cara Beli Tiket

Tiket masuk ke 99 Wonderland Park  boleh dibeli melalui beberapa cara:

  1. Di kaunter tiket 99 Wonderland Park. 
  2. Secara dalam talian melalui laman web rasmi 99 Wonderland Park (24 jam sebelum waktu kunjungan)
  3. Melalui platform tempahan dalam talian seperti KLOOK. Taip 99 Wonderland Park Admission Ticket > klik, Search. 
Klook.com

Apa yang Menarik di 99 Wonderland Park?

1. Taman Dinosaur

Sumber : 99 Wonderland

Taman Dinosaur di 99 Wonderland Park merupakan salah satu tarikan utama yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. 

Dengan replika dinosaur yang besar seakan-akan ‘hidup’, ia sering menjadi tumpuan untuk bergambar dan anak-anak bermain. 

Taman ini juga dilengkapi dengan pameran interaktif yang mendidik, menjadikannya tempat yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak yang ingin belajar tentang sejarah purba dengan cara yang menyeronokkan.

2. Keindahan Lanskap dengan Neon Lights

Lanskap taman yang dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni mencipta suasana malam yang memukau. 

Sumber : 99 Wonderland

Struktur seperti jambatan, air pancut bertema, dan arca memberikan pengalaman visual yang luar biasa. Pengunjung sering memilih taman ini untuk sesi fotografi malam kerana latar belakangnya yang menawan dan sangat instagrammable!

Cruise Ride pun ada! – Sumber : 99 Wonderland

3. 99 Wild Island

Di sini pengunjung berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai spesies haiwan seperti beruang matahari, tapir Malaya, dan pelbagai burung eksotik. 

Selain itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan dan bergambar bersama-sama haiwan pilihan. Seronok sangat!

Sumber : 99 Wonderland

4. Kawasan Petting Zoo

Kawasan Petting Zoo adalah tempat di mana pengunjung, terutamanya kanak-kanak, boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan peliharaan seperti arnab, kambing, dan kucing.

Aktiviti memberi makan dan membelai haiwan-haiwan ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan mendidik tentang tanggungjawab menjaga haiwan kepada setiap pengunjung. 

Sumber : Google Review (99 Wonderland)

Ini adalah peluang yang menarik bagi kanak-kanak untuk belajar tentang empati dan kasih sayang terhadap makhluk hidup.

5. Taman Permainan Air

Di sini juga terdapat taman permainan air yang dilengkapi dengan gelongsor air, kolam renang kanak-kanak, dan kawasan bermain air interaktif. Apalagi, budak-budak memang sukalah bermain air dekat sini!

6. Aktiviti di Tasik dengan Pemandangan Memukau

Tasik utama di taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayuh dan memberi makan burung seperti angsa, itik, dan pelikan. 

Pemandangan tasik yang dihiasi lampu neon berwarna-warni pada waktu malam memberikan suasana romantis dan tenang, menjadikannya lokasi yang ideal untuk keluarga dan pasangan​ meluangkan masa bersama. 

7. Taman Burung

Sumber : 99 Wonderland

Taman burung di 99 Wonderland Park juga salah satu tarikan yang pastinya akan memukau pengunjung dengan koleksi burung eksotik yang berwarna-warni. 

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat burung-burung ini dari dekat, tetapi juga belajar tentang habitat semula jadi mereka melalui papan informasi yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tarikan yang ada di sini, anda boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Sumber : 99 Wonderland

Kemudahan

Taman ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung, antara kemudahan umum yang ada ialah:

  • Tempat makan dan minum
  • Kedai cenderahati
  • Tandas bersih
  • Tempat letak kereta yang luas
  • Laluan yang mesra kerusi roda dan kereta sorong
  • Kaunter maklumat dan bantuan

Penutup

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke 99 Wonderland Park untuk merasakan pengalaman berinteraksi dengan haiwan, menikmati landskap yang cantik serta lampu-lampu neon pada waktu malam. 

Bawa anak-anak, pasangan dan orang tersayang untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama di sini!

BACA JUGA:

  1. 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
  2. Staycation Selangor: Senarai Penginapan Keluarga, Kids Friendly!
  3. Splash Mania Gamuda Cove – Harga Tiket & Cara Beli Dari Klook
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut