Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Reka Bentuk Baru 2024

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan reka bentuk baru 2024 telah di perkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ianya merupakan kali kedua kemaski yang dilakukan oleh pihak JPJ untuk memperbaiki Vehicle Ownership Certificate (VOC) sejak 2016.

Sijil Pemilikan Kenderaan adalah dokumen penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Dokumen ini membuktikan bahawa anda adalah pemilik sah kenderaan tersebut.

Tanpa sijil ini, anda mungkin menghadapi masalah seperti kesukaran untuk membaharui cukai jalan, memindah milik kenderaan, atau mendapatkan perlindungan insurans yang sewajarnya.

Ciri-Ciri Reka Bentuk Baharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

sijil pemilikan kenderaan voc

Selain daripada Reka bentuk baharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VCO), ianya turut di lengkapi watermark logo JPJ untuk mengelak kes pemalsuan

Walaupun begitu, bagi pemilik sijil semilikan kenderaan sedia ada, anda tidak perlu risau kerana, sijil asal sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar

Pelaksanaan VOC

Bagi pemilik kenderaan lama yang masih belum menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), anda boleh hadir ke pejabat cawangan JPJ berhampiran anda untuk bantuan bagi membuat pertukaran daripada Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Tujuan pelaksanaan VOC ini, adalah bagi memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian agar urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas.

VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan VOC

Berikut adalah cara untuk mendapatkan VOC (Vehicle Ownership Certificate) atau Sijil Pemilikan Kenderaan di Malaysia:

  1. Untuk kenderaan baharu:
  • VOC akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah pemilik mendaftar kenderaan baharu
  • Ia diproses semasa pendaftaran kenderaan di pejabat JPJ atau pusat khidmat JPJ yang diluluskan
  1. Untuk pemindahan pemilikan kenderaan terpakai:
  • Pemilik baharu perlu mengisi borang pemindahan hak milik (Borang JPJ K1)
  • Maklumat pemilik baharu dan butiran kenderaan dikemas kini
  • VOC baharu akan dikeluarkan atas nama pemilik baharu
  1. Menggantikan VOC yang hilang/rosak:
  • Lengkapkan borang permohonan VOC baharu (Borang JPJ K3)
  • Kemukakan dokumen sokongan seperti lesen memandu, laporan polis (jika hilang)
  • Bayar bayaran pemprosesan yang ditetapkan
  • VOC baharu akan dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu

Baca juga : Cara Mohon Geran Kereta/Motor Yang Hilang Atau Rosak

  1. Semakan dalam talian:
  • JPJ juga menyediakan khidmat semakan VOC dan pemilikan kenderaan secara dalam talian
  • Butiran kenderaan seperti pemilik & status pemilikan boleh disemak
  • Untuk semakan secara online, anda boleh login menerusi aplikasi MySikap atau menerusi website MySikap JPJ

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari akaun media sosial JPJ ;

Bantu kami share artikel ini: