Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online

Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 27 Mei 2024, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2023 anda.

@ecentral.my

Replying to @Ammar Roslizar Ini 2 cara semak semula keputusan SPM. Hanya perlu isi permohonan di website atau apps e-LP. #resultspm #resultspm2023 #recheckspm #semaksemulaspm #spm2023

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Pelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan SPM 2023 yang telah pun diumumkan itu, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

Tempoh Permohonan

Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM

Menurut Kementerian Pendidikan, keputusan anda boleh disemak semula sekiranya perlu.

Pelajar dan ibubapa boleh mengikut langkah yang dikongsikan di bawah:

CARA PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj dikenakan.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

INFO KPM: Soalan lazim (FAQ) berkaitan Proses Semak Semula Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023

Semak semula keputusan spm 2023 2024
Semak semula keputusan spm 2023 2024
Semak semula keputusan spm 2023 2024
Semak semula keputusan spm 2023 2024
Semak semula keputusan spm 2023 2024

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi
    sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan
    lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,
    markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
      sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan
      setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
      Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p.: Unit Menengah Atas)
  5. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
    bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  7. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Bagi anda yang pertama kali mendaftar sebagai pengguna di laman web Lembaga Peperiksaan atau menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan, sila rujuk : e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Jadual & Sijil

Bantu kami share artikel ini: