SPGATM: Semakan Penyata Gaji ATM

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh membuat semakan penyata gaji ATM melalui Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).

Menariknya, sistem ini boleh diakses dengan mudah secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana juga.

Oleh itu, anggota ATM yang ingin membuat semakan penyata gaji mereka boleh berbuat demikian menerusi sistem ini.

Pengenalan SPGATM

SPGATM adalah platform digital yang diwujudkan bermula tahun 2019 khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Platform ini juga membolehkan semua pegawai dan anggota tentera melakukan semakan penyata gaji mereka secara bulanan.

Pengenalan platform ini memudahkan anggota tentera untuk mengakses maklumat gaji dan elaun mereka secara online sahaja.

Platform ini dikelolakan di bawah Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera, yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam memproses pemprosesan gaji dan elaun dalam ATM.

Gaji & Elaun Anggota ATM

Gaji dan elaun anggota ATM yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) ELAUN

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup.
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak.
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.

ii) INSENTIF

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.

iii) KEMUDAHAN

  • Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
  • Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
  • Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
  • Penginapan serta sajian di wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
  • Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
  • Rebet 25% Tambang KTMB.
  • Waran perjalanan.
  • Insuran Kelompok ATM.
  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
  • Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
  • Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
    – Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
    – Rawatan di Institut Jantung Negara.
    – Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
    – Rawatan kemandulan primer.
    – Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
    – Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
    – Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
    – Pembekalan lat Ortopedik.
    – Pembekalan kerusi roda.
    – Alat bantu pendengaran.
    – Pembekalan alat-alat lain.
  • Pembekalan kerusi roda.
  • Alatbantu pendengaran.
  • Pembekalan alat-alat lain.
  • Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  • Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  • Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  • Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  • Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  • Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  • Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tarikh Pembayaran Gaji 2024

Tarikh pembayaran gaji untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

Cara Membuat Semakan Penyata Gaji ATM

Semakan penyata gaji ATM boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Layari laman web SPGATM iaitu https://spgatm.ugat.mil.my/.
  2. Masukkan maklumat seperti nombor tentera, nombor kad pengenalan awam, dan alamat emel yang sah (Untuk kali pertama).
  3. Penyata gaji anggota boleh diakses.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penyata gaji ATM, sila layari laman web http://www.ugat.mil.my/.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!