Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Dengan Cepat Selepas Makan

Pedih ulu hati atau GERD adalah keadaan di mana asid di dalam perut mengalir semula ke dalam esofagus iaitu saluran antara mulut dan perut.

Apabila asid perut ini menyentuh esofagus, esofagus anda akan terhakis sehingga menyebabkan kesakitan yang melampu pada mereka yang menghidapnya.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara untuk menghilangkan pedih ulu hati yang sering berlaku setiap kali selepas makan.

Baca juga:

Apa itu pedih ulu hati?

pedih ulu hati

Masalah pedih ulu hati atau refluks gastroesophageal (GERD) adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid perut menganggu kawasan bawah esofagus.

Ia terjadi kerana injap dibahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.

Asid akan memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.

Esofagsus yang merengsa menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati, sendawa, dan kembung perut.

Anda mungkin akan mengalami rasa pahit atau berasid di bahagian belakang tekak, serta sensasi makanan atau cecair yang tidak menyenangkan kembali ke dalam mulut anda.

Bila keadaan semakin teruk, anda mungkin berasa sakit perut yang teruk, loya dan muntah.

Punca pedih ulu hati

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan masalah kesihatan ini adalah seperti:

  • Berat badan berlebihan
  • Pengambilan ubat-ubatan sepert ubat tahan sakit (aspirin)
  • Makan pada lewat malam
  • Makan dalam jumlah yang banyak
  • Merokok
  • Kehamilan (perubahan hormon serta peningkatan tekanan pada bahagian abdomen)
  • Makanan pencetus GERD. Contohnya seperti kopi, makanan yang masam dan berlemak, bawang merah, pudina, makanan bergoreng, minuman berkarbonat, makanan pedas dan coklat

Komplikasi pada kesihatan

Gejala pedih ulu hati yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti oesophagitis, strictures dan Barret’s oesophagus.

Cara untuk menghilangkan pedih ulu hati

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan pedih ulu hati dengan menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja.

1. Badam

pedih ulu hati

Badam menjadikan perut lebih selesa kerana ia mengandungi minyak semulajadi yang tinggi.

Walaupun kebiasaannya badam lebih dikenali untuk membantu penghadaman, susu badan sebenarnya boleh mengekalkan kesihatan perut dan melegakan keasidan.

2. Pisang

Pisang menyembuhkan sembelit dan melegakan keasidan secara semula jadi. Ia mempunyai pelbagai manfaat pencernaan kerana tinggi dengan serat dan kalium.

3. Daun basil

pedih ulu hati

Daun basil membantu menghasilkan lendir dalam perut, melegakan pedih ulu hati dan melegakan lapisan perut.

Untuk mendapatkan kelegaan segera daripada keasidan, anda boleh kunyah dua hingga tiga daun basil atau rebus dalam air atau boleh juga dicampukan ke dalam teh.

4. Air kelapa

Minum dua gelas air kelapa setiap hari boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati.

Ia tinggi dengan serat dan membantu melegakan saluran penghadaman anda. Air kelapa juga boleh melindungi perut anda daripada kesan pengeluaran asid yang terlalu banyak.

5. Halia

pedih ulu hati

Halia adalah salah satu ubat semulajadi tradisional yang paling berkesan untuk melegakan refluks asid kerana kesan penghadaman dan anti-radang yang terbaik.

Anda boleh menggunakan halia dalam masakan, direbus dengan segelas air, atau boleh juga dikunyah secara mentah.

6. Posisi tidur

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Missouri Medicine, meninggikan posisi kepala katil atau bantal di kelapa boleh membantu merawat masalah GERD.

Tidur dalam keadaan condong menjadikan asid dalam esofagus kembali ke perut lebih cepat dan melegakan gejala GERD.

Manakala tidur di sebelah kiri menghalang pelepasan asid perut ke dalam esofagus.

Posisi tidur yang terbaik adalah kepala anda sepatutnya lebih tinggi enam hingga lapan inci daripada kaki anda.

7. Bersenam

Pemendapan lemak boleh berlebihan berlaku akibat daripada kekurangan aktiviti fizikal terutamanya di bahagian perut.

Ini secara tidak langsung akan memaksa jus perut naik ke esofagus, mengakibatkan pedih ulu hati yang lebih teruk. Melazimi bersenam dengan kerap dan kekall cergas secara fizikal boleh menyembuhkan refluks asid.

8. Jus tembikai

Jus tembikai adalah makanan beralkali yang secara semulajadi melegakan pedih ulu hati.

Semasa musim panas, tembikai sangat popular kerana ia dapat mengekalkan kelembapan badan.

Manakala untuk melegakan keasidannya pula, anda hanya perlu minum segelas jus tembikai semasa sarapan pagi.

9. Gula-gula getah

Menurut beberapa kajia pakar, mengunyah gula-gula getah menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran air liur, yang boleh membantu dalam penyingkiran asid dari esofagus.

10. Minyak pati

Walaupun tidak ada bukti saintifik, namun minyak pati mendapat permintaan ramai dalam melegakan pedih ulu hati.

Lavender, lemon, halia dan oren ialah minyak pati yang sangat disyorkan untuk merawat masalah ini.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara menangani masalah pedih ulu hati dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. How To Cure GERD Fast and Permanently? Medicine Net
  2. Ways To Ease GERD Symptoms At Home. Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!