Buah Ciku: 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Buah ciku sejenis buah yang enak dimakan segar dan amat berkhasiat. la juga boleh diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah ciku dan cara makan yang betul.

Baca juga:

Apa itu buah ciku?

buah ciku

Buah ciku (Manilkara zapota) adalah sejenis buah dari genus Achras dalam famili sapotaceae. Seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari Amerika Tropika.

Buah ini berasal dari selatan Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean. Namun ia juga diperkenalkan di Asia Selatan dan Asia Tenggara di mana pokoknya mampu untuk beradaptasi kepada pelbagai jenis iklim tropika dan monsun.

Buah yang belum masak mempunyai permukaan yang keras dan isi putih kerana kandungan getah yang tinggi. Kandungan getah nantinya akan berkurangan apabila buah masak dan isinya berubah warna kecokletan.

Di tengah-tengah isinya mengandungi biji hitam berkilat seperti sebiji kacang.

Jenis-jenis buah ciku

buah ciku
Anim Agro Technology

Di Malaysia, terdapat tiga jenis klon ciku yang digalakkan untuk ditanam. Berikut adalah penjelasannya:

  • Ciku jantung C62: Berbentuk bujur dan runcing dihujung. Warna kulit dan isinya perang kemerahan. Rasanya manis, halus, dan tidak berpasir.
  • Ciku subang C63: Berbentuk bujur panjang, runcing dihujung serta pangkal buah dan warna kulitnya perang. Isinya manis, berair, halus, dan tidak berpasir.
  • Ciku mega C64: Berbuah sebiji sahaja setiap tangkal. Saiznya 3 kali gandar lebih besar. Isinya halus dan sedikit kelat.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah ciku mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 78 g
  • Tenaga: 83 kcal
  • Protein: 0.44 g
  • Jumlah lemak: 1.1 g
  • Karbohidrat: 20 g
  • Serat: 5.3 g
  • Kalsium: 21 mg
  • Zat besi: 0.8 mg
  • Magnesium: 12 mg
  • Fosforus: 12 mg
  • Kalium: 193 mg
  • Natrium: 12 mg
  • Zink: 0.1 mg
  • Kuprum: 0.086 mg
  • Selenium: 0.6 µg
  • Vitamin C: 14.7 mg
  • Riboflavin: 0.02 mg
  • Niasin: 0.2 mg
  • Vitamin B-6: 0.037 mg
  • Folat: 14 µg
  • Vitamin A: 3 µg
  • Asid lemak politaktepu: 0.011 g
  • Asid lemak tepu: 0.194 g

Khasiat dan manfaat

Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan tenaga

Buah ciku kaya dengan glukosa dan kalori yang mampu untuk membekalkan tenaga semula jadi kepada tubuh badan dengan cepat.

Itulah sebabnya kenapa buah ini dikategorikan sebagai buah-buahan terbaik untuk golongan kanak-kanak dan wanita hamil untuk memenuhi keperluan tenaga mereka yang semakin meningkat setiap hari.

2. Meningkatkan imuniti

Vitamin C dan antioksidan yang terkandung dalam buah ciku membantu membina imuniti anda.

Ia dikuatkan lagi dengan kandungan polifenal yang membantu memerangi toksin yang memudaratkan dan mengurangkan risiko penyakit.

Sistem tubuh badan anda akan terlindung daripada mikrob berbahaya kerana sifat antibakteria dan antivirusnya.

3. Menggalakkan kesihatan usus

Serat pemakanan dan sebatian tannin membantu meneutralkan rembesan asid dalam usus untuk merawat gejala hiperasiditi.

Ia juga boleh dijadikan sejenis julap yang sangat baik bagi memberikan kelegaan daripada sembelit dan mengurangkan jangkitan pada usus. Ia adalah kunci untuk mencegah serangan kanser kolon.

4. Melindungi dari kanser

Kandungan antioksidan yang tinggi memberi nilai tambah kepada buah tropikal ini sebagai agen untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Ia kaya dengan vitamin A dan B yang sihat bagi melindungi lapisan mukus dalam badan.

Apa yang lebih menarik, buah ini mampu mencegah kanser usus, mengatasi masalah sembelit, dan melindungi selaput lendir usus agar terhindar dari racun penyebab kanser.

5. Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat

Buah ciku mengandungi nutrien penting yang bermanfaat untuk kesihatan rambut kita.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa biji ciku lebih bermanfaat daripada isinya untuk tujuan kesihatan rambut anda.

Minyak yang diekstrak daripada biji membantu melembapkan dan melembutkan rambut khususnya bagi jenis rambut kerinting dan tidak terurus.

Minyak ini juga bagus kalau anda ada masalah kulti kepala gatal seperti dermatitis seborrheic dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

6. Menjadikan kulit sihat dan berseri

Kehadiran pelbagai vitamin, antioksidan, mineral dan serat pemakanan menjadikan buah ciku sebagai salah satu buah-buahan yang bagus untuk kulit yang sihat dan berseri.

Kandungan vitamin E misalnya membantu melembapkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih sihat dan berseri.

Antioksidan pula bertiindak sebagai sebatian anti-penuaan dengan memusnahkan radikal bebas dalam badan yang berpotensi untuk mempercepatkan proses penuaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu juga yang biji ciku mengandungi minyak isirung yang membantu mengurangkan masalah keradangan kulit seperti iritasi ataupun alahan.

7. Menguatkan tulang

Selain itu, buah ciku kaya dengan kalsium, fosforus, dan zat besi yang membantu menguatkan tulang.

Semua mineral ini penting untuk melancarkan pelbagai fungsi badan termasuk pertumbuhan tulang yang kuat.

8. Bagus untuk ibu selepas bersalin

Antara buah yang popular bagi ibu selepas bersalin adalah buah ciku. Buah ini bagus untuk ibu menyusu kerana nutrien dan karbohidrat yang penting.

Ia juga membantu bakal ibu mengatasi simptom loya dan pening pada fasa awal kehamilan. Buah ini juga boleh mengurangkan masalah kram kaki. Kram kaki merupakan salah satu keluhan yang selalu dialami oleh ibu hamil.

Hal ini biasa berpunca dari perubahan hormonselama kehamilan, dihedrasi atau kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, atau magnesium.

9. Bagus untuk kesihatan mata

Mengambil satu ciku sehari boleh membantu menjaga kesihatan mata bertahun-tahun.

Kenyataan ini ada benarnya kerana kandungan vitamin A membantu dalam pembentukan sel deria penglihatan yang membantu meningkatkan penglihatan pada usia muda.

10. Bersifat haemostatik

Sifat haemostatik dalam ciku dapat mengelakkan kehilangan darah. Akibatnya, buah ini membantu mengurangkan masalah pendarahan kes buasir dan kecederaan.

Cara makan buah ciku

Buah ciku boleh dimakan secara mentah. Buah yang sudah masak anda boleh kenal pasti dengan menekan permukaannya. Bila teksturnya lembut, itu tandanya buah sudah sedia untuk dimakan.

Buang kulitnya dan potong buah mengikut citara anda untuk lebih menarik. Anda juga boleh memasukkan buah ciku ke dalam hidangan seperti salad, sirap, adunan kek, ais krim, jem, smoothie, jus, dan sebagainya.

Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. 

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah ciku dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Sapodilla: Nutrition, Health Benefits, and More. Healthline
  2. Kenali Buah-Buahan Malaysia: Ciku. Universiti Putra Malaysia
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!