10 Khasiat Biji Sawi dan Potensinya Untuk Kesihatan

Tahukah anda, sos mustard yang berwarna kuning itu terhasil dari biji sawi? Biji sawi adalah rempah kedua yang paling banyak digunakan di Amerika Syarikat melebihi biji lada.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi berkenaan dengan khasiat biji sawi kepada kesihatan dan penggunaannya yang betul dalam masakan.

Baca juga:

Apa itu biji sawi?

Biji sawi telah digunakan sejak zaman purba oleh orang-orang Rom dan Yunani lagi.

Pada masa ini, tumbuhan ini ditanam di lebih 21 negara dengan pengeluar utama adalah negara Eropah, Nepal, Kanada, Ukraine dan India.

Disebabkan oleh rasa dan sifat terapeutiknya, penggunaan bijian ini agak popular di seluruh dunia dengan kira-kira 700 paun digunakan setiap tahun.

Jenis-jenis biji sawi

Dikatakan terdapat lebih dari 40 jenis biji sawi di dunia ini. Namun yang popular digunakan adalah biji sawi hitam, coklat, putih, dan kuning.

  • Biji sawi hitam (Brassica nigra): Sangat popular di Timur Tengah dan Asia Kecil. Terkenal dengan aroma dan rasa yang kuat.
  • Biji sawi putih (Sinapis alba): Berada dalam keluarga Brassicaceae, ia tidak berkait rapat dengan dua jenis mustard yang lain. Mempunyai rasa yang lebih lembut.
  • Biji sawi coklat (Brassica juncea): Juga dipanggil sebagai mustard Cina atau mustard India. Boleh didapatkan dalam warna coklat gelap hingga kekuningan gelap. Digunakan untuk menyediakan mustard Dijon. Mempunyai rasa pedas dan tajam.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 1 sudu teh (2 gram) biji sawi mengandungi:

  • Air: 5.27 g
  • Tenaga: 508 kcal
  • Protein: 26.1 g
  • Jumlah lemak: 36.2 g
  • Karbohidrat: 28.1 g
  • Serat: 12.2 g
  • Jumlah gula: 6.79 g
  • Sukrosa: 3.69 g
  • Glukosa: 2.88 g
  • Fruktosa: 0.02 g
  • Kalsium: 266 mg
  • Zat besi: 9.21 mg
  • Magnesium: 370 mg
  • Kalium: 738 mg
  • Natrium: 13 mg
  • Zink: 6.08 mg
  • Kuprum: 0.645 mg
  • Mangan: 2.45 mg
  • Selenium: 208 µg
  • Vitamin C: 7.1 mg
  • Thiamin: 0.805 mg
  • Riboflavin: 0.261 mg
  • Niasin: 4.73 mg
  • Asid pantotenat: 0.81 mg
  • Vitamin B-6: 0.397 mg
  • Folat: 162 µg
  • Kolin: 123 mg
  • Betaine: 1.9 mg
  • Vitamin A: 2 µg
  • Vitamin E: 5.07 mg
  • Vitamin K: 5.4 µg

Khasiat biji sawi

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Mengelakkan kesan racun

Penggunaan biji sawi dalam sesetengah masyarakat dianggap sebagai antiemetik yang mungkin menahan kesan racun pada badan.

Air rebusan biji sawi membantu untuk membersihkan badan terutamanya jika keracunan tersebut berpunca dari dadah atau pengambilan alkohol yang berlebihan. 

2. Menurunkan paras gula dalam darah

Kajian yang dijalankan oleh Journal of Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan bahawa bijian ini boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif yang berkaitan dengan penyakit diabetes.

Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneuteralkannya.

Satu lagi kajian yang diterbitkan oleh Environmental and Molecular Mutagenesis mendapati bahawa ia boleh membantu anda dalam mengurangkan tahap gula dalam darah dengan lebih berkesan daripada ubat sahaja.

Bahkan ia juga boleh membantu dalam merangsang metabolisme glukosa juga.

3. Melegakan simptom psoriasis

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik daripada China, bijian ini telah membuktikan ia mampu bertindak sebagai agen anti-radang yang mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada rawatan psoriasis.

4. Melegakan masalah pernafasan

Biji sawi memberi kesan terapeutiknya terhadap masalah selsema dan resdung. Ia dianggap sebagai dekongestan dan ekspektoran kerana boleh membantu dalam membersihkan lendir dan saluran udara.

Kajian 2020 yang diterbitkan dalam Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine Journal mendapati bahawa biji sawi yang dikisar dan ditambah ke dalam rendaman kaki boleh membantu melegakan rasa sesak di saluran pernafasan.

Dalam buku Herbal Simples Approved For Modern Uses of Cure, ada kenyataan yang menyatakan bahawa biji tersebut boleh membantu melegakan simptom bronkitis kronik.

Bahkan bagi mereka yang mempunyai masalah sakit tekak, anda disarankan untuk berkumur dengan teh biji sawi.

5. Menjaga kulit dan rambut

Minyak biji sawi sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit dan rambut.

Hal ini kerana ia diperkaya dengan vitamin A dan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk menggalakkan kulit yang bersih, melambatkan proses penuaan, menggalakkan pertumbuhan rambut, kekuatan, dan kesihatan keseluruhannya.

6. Memberi perlindungan terhadap jangkitan bakteria dan kulat

Satu kajian mendapati bahawa bijian ini mengandungi glukosinolat sinigrin dan glucoraphanin serta mempunyai sifat antimikrobial terhadap pelbagai bakteria dan kulat.

7. Membantu proses simptom menopaus

Sayur sawi membekalkan magnesium, dan kalsium yang boleh menggalakkan kesihatan tulang dan menghalang kehilangan tulang yang berkaitan dengan menopaus iaitu risiko osteoporosis.

8. Meningkatkan kesihatan jantung

Sebatian dalam minyak biji sawi boleh menurunkan kolesterol jahat (LDL) sambil meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang mana ia bermanfaat untuk menyokong kesihatan jantung dan peredaran yang lebih baik.

Jelasnya dengan mengawal kolesterol, minyak sawi boleh menghalang pembentukan plak lemak dalam arteri yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.

9. Memperbaiki penghadaman

Masalah sembelit adalah salah satu dari masalah penghamadan yang biasa berlaku.

Salah satu punca sembelit adalah kerana kurangnya serat. Menariknya biji sawi mengandungi serat bagi merangsang pergerakan najis dalam usus dengan lebih teratur dan lancar.

Serat dalam biji ini mampu melegakan sembelit dengan menggalakkan motilitas gastrousus.

10. Melegakan sakit kepala

Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, bijian ini boleh membantu untuk memberikan kelegaan.

Ianya dari kandungan magnesium dan mineral yang tinggi berfungsi untuk meredakan ketegangan dan mengetatkan saraf serta otot yang menyumbang kepada rasa sakit kepala.

Cara penggunaan biji sawi

Bijian ini boleh digoreng atau dibakar sebelum ditambah ke dalam hidangan atau dimasukkan ke dalam bahan tumis bersama bahan aromatik yang lain.

Ia boleh dibakar untuk menambah hidangan atau digunakan dalam rempah jeruk.

Cara buat sos mustard sendiri

biji sawi
Healthshots

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar biji sawi kuning
  • 2 sudu besar biji sawi hitam
  • 1/8 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan cuka (disuling)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan biji sawi, madu, kayu manis, garam, dan cuka ke dalam mangkuk.
  2. Pindahkan campuran ke dalam balang kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 48 jam.
  3. Kisar adunan selepas 48 jam sehingga menjadi pes halus.
  4. Sos mustard buatan sendiri siap untuk dihidangkan.

Anda boleh cicah dengan pelbagai hidangan seperti salad, roti bakar, burger, ikan, kentang goreng, dan bermacam-macam lagi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat biji sawi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Are the Health Benefits of Mustard Seed? WebMD
  2. Mustard Seeds: Health Benefits, Uses, Side Effects and More. The Health Site
  3. Benefits That Prove Why Mustard Is Good For Health. Organic Facts
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!