WonderMoreh – Lokasi Moreh Petaling Jaya, Selangor

WonderMoreh - Lokasi Moreh Petaling Jaya, Selangor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

WonderMoreh – Lokasi Moreh Petaling Jaya, Selangor

Jika anda mencari lokasi untuk moreh di sekitar Selangor, anda boleh masukkan WonderMoreh sebagai destinasi seterusnya!

WonderMoreh adalah merupakan sebuah acara hasil kerjasama antara Wondermilk dan Pasar Seloka. Di sini anda boleh menikmati pelbagai hidangan menarik untuk moreh dan juga buka puasa dalam suasana yang happening dan santai. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai WonderMoreh. Jom baca!

BACA JUGA: 30+ Menu Ramadan – Idea Resepi Sahur & Berbuka Puasa KKM

Apa itu WonderMoreh?

WonderMoreh ni ala-ala bazaar Ramadan tetapi dibuka pada waktu malam untuk moreh (khususnya) dan dibuka juga untuk mereka yang ingin datang berbuka puasa. 

Ia adalah hasil kerjasama antara dua jenama popular iaitu Wondermilk (yang terkenal dengan kek dan pastri dia) dan Pasar Seloka (yang selalu buat event untuk peniaga-peniaga kecil).

Tarikan Utama

Apa yang menarik di WonderMoreh sudah pasti makanan, minuman dan suasananya! 

Tiga menu utama yang diorang ketengahkan di sini ialah kopi, makanan dan pencuci mulut. Ada kuih-muih tradisional dan ada juga makanan fusion yang kreatif. Menu-menu special dari Wondermilk dan vendor-vendor lain pun ada. 

Antara menu yang ada; butterbeer, kopi, milkshake, matcha, corn beef fried rice, kuey teow goreng,  cekodok with ice cream, baked potato, pasta, cupcakes dan sebagainya. 

@pasarseloka

Semalam punya Wondermoreh, meriah, kenyang, bahagia! Siapa nak repeat lagi lepas terawih malam niiiii? #wondermilk #wondermoreh

♬ Pemuda Pemudi – Rokiah Wanda & R. Azmi

Selain jadi port menarik untuk iftar dan moreh, anda juga boleh lepak dan bersembang sampai puas dekat sini. Ada juga pameran dan jualan produk-produk tempatan untuk hari raya. 

WonderMoreh diadakan sepanjang bulan Ramadan. Jadi, kalau anda rasa pengalaman moreh yang lain dari yang lain, boleh la singgah sini. 

Nak hang out dengan family atau kawan-kawan lepas tarawih atau nak iftar sama-sama ke, tempat ni memang recommended!

NOTA: Moreh adalah istilah yang merujuk kepada hidangan ringan yang dinikmati selepas solat Tarawih pada bulan Ramadan. 

Tarikh, Lokasi, dan Waktu Operasi WonderMoreh

WonderMoreh 2025 dijadualkan berlangsung selama hampir sebulan penuh. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai tarikh, lokasi, dan waktu operasi acara ini:

  • Tarikh: 3 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025.
    • Lokasi: Wondermilk, 37, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor. 
  • Waktu Operasi: 6 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari. 
@pasarseloka

WONDERMOREH dah takeover Wondermilk malam ni, gais! Lepas solat terawih, jom serbu ramai-ramai! Wondermilk Uptown from 3 – 27 March 2025 8pm – 12am

♬ Joget Si Pinang Muda – Tan Sri P. Ramlee

NOTA: Pengunjung disarankan untuk sentiasa memeriksa media sosial rasmi WonderMoreh untuk maklumat terkini mengenai sebarang perubahan jadual atau acara khas yang mungkin diadakan pada hari-hari tertentu.

BACA JUGA: Waktu Berbuka Puasa Selangor 2025 / 1446H

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut