Salah satu sunnah dalam meraikan Hari Raya ialah dengan menunaikan solat Hari Raya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri R.A, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ، فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ، وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ، وَيُوصِيهِمْ، وَيَأْمُرُهُمْ، فَإِنْ كَانَ يُرِيدُ أَنْ يَقْطَعَ بَعْثًا قَطَعَهُ، أَوْ يَأْمُرَ بِشَيْءٍ أَمَرَ بِهِ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ
Maksudnya: “Kebiasaannya Rasulullah SAW pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang Baginda mulakan ialah solat (sunat hari raya), kemudian Baginda berpaling dan berdiri menghadap orang ramai yang sedang duduk di saf-saf mereka lalu Baginda memberikan peringatan, wasiat dan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin mengutuskan pasukan, maka Baginda akan mengutusnya, atau Baginda ingin memerintahkan sesuatu, maka Baginda akan memerintahkannya.”
Riwayat al-Bukhari (956)
BACA JUGA: Koleksi Pantun Raya 2024 – Kongsikan Bersama Rakan & Ahli Keluarga!
Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Raya merupakan solat sunat yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat ini boleh didirikan secara berjemaah mahupun bersendirian.
Hukum Solat Hari Raya
Hukum solat Hari Raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah Sunat Muakkad (sunat yang amat dituntut). Ianya disunatkan samada secara berjemaah ataupun bagi orang yang bersendirian, bermukim atau bermastautin.
Waktu Solat Raya Aidilfitri
Waktu solat hari raya adalah pada 1 Syawal, antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Lafaz Takbir Raya
Persiapan Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
1. Disunat mandi kerana dua raya sekalipun dia tidak mahu hadhir sembahyangnya kerana ia hari berhias.
2. Sunat makan sebelum menunaikan sembahyang.
3. Yang lebih utama adalah tamar dan dengan bilangan ganjil.
4. Tidak makruh sembahyang sunat sebelumnya selepas naik matahari.
5. Dan Sunat menghidupkan malam raya dengan ibadat. Terhasil demikian itu dengan menghidupkan sebahagian besar malamnya.
Kaedah Pelaksanaan Solat Aidilfitri Di Rumah
1. Solat dilaksanakan sebanyak dua rakaat.
2. Lafaz niat:
>> Bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah:
Maksudnya: “Sahajaku sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat sebagai imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
>> Bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara bersendirian:
Maksudnya: “Sahajaku sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat sebagai imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
3. Pada rakaat pertama hendaklah membaca doa iftitah lalu diikuti dengan 7 kali takbir (selain takbiratul ihram), sebelum membaca ta’awwuz .
4. Di antara dua takbir disunatkan berzikir dengan lafaz:
5. Selepas takbir ketujuh hendaklah membaca ta’awwuz, lalu membaca Fatihah seperti sembahyang-sembahyang lain dan diikuti dengan bacaan surah pilihan.
6. Selepas membaca surah hendaklah rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan berdiri untuk rakaat kedua.
7. Setelah bangun untuk rakaat kedua hendaklah bertakbir sebanyak 5 kali takbir sama sebagaimana rakaat pertama.
8. Setelah bertakbir sebanyak 5 kali dan berzikir di antara dua takbir sebagaimana pada rakaat pertama hendaklah membaca taawwuz, membaca al-Fatihah dan membaca surah.
9. Selepas membaca surau hendaklah rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kedua.
10. Selepas itu hendaklah Tahiyyatul Akhir dan memberi salam.
NOTA: Bagi yang solat bersendirian di rumah, tidak perlu berkhutbah/mendengar khutbah.
Hukum Solat Sunat Hari Raya Secara Bersendirian
Menurut laman sesawang Mufti WP, HUkum mengerjakan solat sunat hari raya secara bersendirian adalah sunat, begitu juga mengerjakannya secara berjemaah. Namun mendirikan solat sunat hari raya secara berjemaah adalah lebih afdal.
Sumber:
- Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak
- IRSYAD FATWA EDISI KHAS RAMADAN SIRI KE 246: HUKUM SOLAT SUNAT HARI RAYA SECARA BERSENDIRIAN – Mufti WP