Koleksi Pantun Raya 2024 – Kongsikan Bersama Rakan & Keluarga

Koleksi Pantun Raya 2024 – Kongsikan Bersama Rakan & Ahli Keluarga! 

Pejam celik pejam celik, Hari Raya pun dah nak tiba. Alahmdulillah atas rezeki dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita untuk menjalani bulan suci Ramadan dengan penuh keinsafan. Semoga segala amal baik kita diterima Allah. 

Kemeriahan Aidilfitri selalunya diserikan dengan ucapan-ucapan selamat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Apa kata tahun ini, anda kongsikan pula pantun Raya sebagai pengganti ucapan. Barulah syok!

Berikut dikongsikan koleksi & contoh pantun Raya untuk tahun 2024.

BACA JUGA: [LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 / 1 Syawal 1445

20 Contoh Pantun Raya 2024 

Koleksi Pantun Raya 2024 - Kongsikan Bersama Rakan & Ahli Keluarga!

1.

Hari Raya di bumi Malaysia,
Baju baru berwarna ceria;
Berkumpul keluarga rasa gembira,
Maaf dipinta, kasih sayang sepanjang masa.

2.

Di rumah berbunga di musim raya,
Keluarga berkumpul dalam suasana gembira;
Kita bersama-sama merayakan hari raya,
Maaf dipinta, rasa kasih dijiwa.

3.

Suara takbir menggema di malam yang sunyi,
Ketupat dan rendang dihidangkan dengan rapi;
Bertemu sanak saudara dalam kebahagiaan hati,
Selamat Hari Raya, bersama-sama kita merayakan aidilfitri.

4.

Suara takbir bergema indah,
Senyuman keluarga memeriahkan suasana;
Whatsapp berdering, membawa berita gembira,
Aidilfitri tiba, kebahagiaan tidak terkata.

5.

Jarum patah di dalam peti,
Buah kurma di tepi kereta;
Raya datang membelai hati,
Maaf zahir dan batin jika ada terasa.

6.

Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang;
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

7.

Pergi ke kedai membeli santan,
Santan di letak di atas peti;
Silap dan salah minta dimaafkan,
Jangan disimpan di dalam hati.

8.

Walau jauh bukan halangan,
WhatsApp dihantar tanda persahabatan, 
Maaf ku pohon selama berkawan,
Salam aidilfitri tanda ingatan.

9.

Baju baru berwarna-warni,
Kegembiraan jelas terpancar dari hati,
Mari kita merayakan Aidilfitri,
Moga silaturrahim terjalin kembali.

10.

Baju raya warna merah,
Kepunyaan anak Pak Rahim;
Hari raya saling ziarah-menziarah,
Barulah dapat eratkan silaturahim.

11.

Dalam senyuman kita bersua,
Dalam doa kita bersatu,
Di hari raya yang mulia,
Jangan lupa bantu-membantu.

12.

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan;
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

13.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegar jiwa;
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun dipinta di hari yang mulia.

14. 

Ramadan bakal beransur pergi, 
Syawal menjelma di Aidilfitri; 
Seikhlas hati menyusun jari, 
Mohon maaf kekhilafan diri. 

15.

Bunga api cantik berseri, 
Pelita bulu menghiasa halaman;
Hari Raya menjelma lagi, 
Tangan dihulur bermaaf-maafan.

16.

Sungai disusur sehari-hari, 
Dalam gelap menangkap ikan;
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

17.

Ketupat pulut di atas para, 
Hendak direbus di tepi perigi;
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput dihati. 

18.

Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan;
Syawal menanti menjelang tiba, 
Salam diutus pohon kemaafan. 

19.

Pohon Jambu pohon Mengkudu, 
Dahan dipotong dibuat ampaian;
Ramadan berlalu pasti rindu, 
Syawal diraih penuh kesyukuran.

20.

Anak lembu takda gigi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

21.

Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan;
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan.

22.

Asam paya buahnya manis,
Bawa dari Sungai Tongkang,
Pagi raya duduk menangis,
Mengenang diri di rantau orang.

Burung putuh meniti di batang,
Batang manggis condong ke paya,
Kebaya labuh bersanggul lintang,
Senyum manis di pagi raya.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Kesimpulan

Akhir kata, sambutlah bulan Syawal dengan penuh kesyukuran dan sukacita. Semoga hari raya tahun ini membawa makna yang indah untuk anda. Selamat Hari Raya!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!