Waktu Imsak Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia 2024 – JAKIM

JADUAL WAKTU IMSAK SELURUH NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1445 H / 2024 M

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 12 Mac 2024.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu telah disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa pada bulan Ramadan tahun ini dapat memudahkan umat Islam di Malaysia membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

Jangan lupa pastikan ketepatan waktu jam tangan / jam dinding di rumah anda dengan merujuk kepada Waktu Standard Malaysia (Lihat penerangan dan cara semakan di bawah).

Berikut dikongsikan jadual waktu buka puasa dan imsak bagi setiap negeri dalam jadual yang dikemaskini oleh JAKIM :

Jadual Waktu Imsak Setiap Negeri Di Malaysia 2024 / 1445H

1. Sabah

2. Wilayah Persekutuan Labuan

3. Sarawak

4. Johor

5. Melaka

6. Negeri Sembilan

7. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

8. Selangor

9. Pahang

10. Terengganu

11. Kelantan

12. Perak

13. Pulau Pinang

14. Perlis

15. Kedah

Anda boleh muat turun Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa Tahun 1445 H / 2024 M di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4073-jadual-imsakiah-tahun-1445h-2024

Diterbitkan oleh JAKIM : Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1445H / 2024M Bagi Seluruh Negeri- Negeri Di Malaysia

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Semak Ketepatan Waktu

Untuk memastikan anda berbuka dan bersahur dengan waktu yang tepat, sila buat semakan mengikut Waktu Standard Malaysia.

Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (National Metrology Institute of Malaysia) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.

waktu berbuka

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web Malaysian Standard Time (MST SIRIM), selaras dengan Waktu Standard Malaysia.

Caranya:

  1. Pergi ke laman web MST SIRIM di pautan https://mst.sirim.my/
  2. Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan.
  3. Laraskan jam anda mengikut waktu standard tersebut.

NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa.  Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.

Baca juga: