Waktu Imsak & Berbuka Puasa Sabah 2025 / 1446H – JAKIM
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 2 MAC 2025.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.
Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Sabah bagi tahun 2025.
Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.
Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
Jadual Waktu Berbuka Sabah 2025 / 1446H
Zon I: Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam
Zon II : Bahagian Sandakan (Barat) : Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan,Telupid, Tongod Dan Pinangah
Zon III : Bahagian Tawau (Timur) : Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Kunak, Dan Lahad Datu
Zon IV: Bahagian Tawau (Barat) : Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai, Dan Kalabakan
Zon V : Bahagian Kudat : Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong, Dan Kudat
Zon VI : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
Zon VII: Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
Zon VIII: Bahagian Pedalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan,Dan Keningau
Zon IX; Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang
Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/
Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA
Doa Berbuka Puasa
Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.
Selamat berbuka puasa.
Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.
Doa 1
ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ
Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah
Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”
(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).
Doa 2
i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
Adab Semasa Berbuka
Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Duduk dengan tenang
- Membaca doa
- Menyegerakan berbuka puasa
- Memulakan dengan buah tamar dan air
- Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka