VSP PDRM : Fungsi & Cara Penggunaannya

vsp pdrm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Raya Haji bakal tiba tak lama lagi, buat anda yang akan pulang ke kampung halaman sempena perayaan ini, pastikan anda telah mengisi borang balik kampung dalam aplikasi VSP PDRM, sebagai langkah berjaga-jaga. 

Jika anda tidak tahu apa itu VSP dan tidak pernah menggunakannya, berikut kami kongsikan dengan ada fungsi dan cara penggunaannya agar keselamatan anda dan keluarga, dapat dijamin. Baca untuk ketahui lebih lagi. 

Apa itu Volunteer Smartphone Patrol (VSP)?

Volunteer Smartphone Patrol atau VSP merupakan satu aplikasi yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2016, sebagai satu inovasi strategik untuk memanfaatkan teknologi dalam mempercepat serta memudahkan proses pelaporan jenayah.

Aplikasi ini diwujudkan untuk menggalakkan penglibatan aktif dan kerjasama strategik di antara pihak polis dan masyarakat dalam menjaga keselamatan setempat, selaras dengan pendekatan komuniti PDRM.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

vsp-pdrm

Fungsi VSP PDRM

Aplikasi VSP menawarkan pelbagai fungsi utama yang memudahkan pengguna dan meningkatkan keberkesanan respons polis:

  • Aduan Digital
    • Pengguna boleh membuat laporan berkaitan jenayah atau insiden tanpa perlu hadir ke balai polis. Aduan boleh disertakan dengan maklumat lokasi, gambar, video, dan butiran kejadian. Ini mempercepatkan proses siasatan dan tindakan lanjut oleh pihak polis.
  • Fungsi ‘Balik Kampung’/Outstation
    • Sempena musim cuti atau perayaan, pengguna boleh memaklumkan ketidakhadiran mereka di kediaman melalui aplikasi. Maklumat ini akan disalurkan ke balai polis daerah, dan rondaan harian akan dilakukan di kawasan kediaman yang dilaporkan sehingga penghuni pulang.
  • Butang Panik
    • Terdapat ciri butang panik untuk situasi kecemasan, membolehkan pengguna mendapatkan bantuan segera daripada polis berhampiran.
  • Multimedia & GPS
    • Laporan boleh dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar dan video serta koordinat GPS, memudahkan polis mengenal pasti lokasi kejadian dengan tepat.

Baca juga: Kebenaran Keluar Pejabat – Cara Mohon, Syarat dan Tempoh

Cara Penggunaan VSP PDRM

Bagi anda yang tidak pernag menggunakan aplikasi VSP PDRM ini, anda boleh memuat turun aplikasi di pautan berikut:

Setelah memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol ini anda boleh mendaftar dan menggunakannya dengan cara berikut:

vsp-pdrm
aduan

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Rondaan Polis Ketika Balik Kampung 

Bagi anda yang akan bercuti atau pulang ke kampung sempena sambutan perayaan Raya Haji 2025 ini, pastikan anda telah mengisi borang balik kampung atau kerja luar (outstation).

Dengan mengisi borang ini, polis akan tahu bahawa anda tidak ada di rumah, dan rondaan polis akan dilakukan sepanjang anda berada di luar kawasan perumahan anda. Hal ini dapat membantu dalam menjamin keselamatan rumah anda daripada dicerobohi penjenayah.

Anda boleh mengisi borang balik kampung ini dengan mudah menggunakan aplikasi VSP PDRM ini. Berikut ialah langkah-langkahnya:

  • Buka aplikasi VSP PDRM anda.

  • Tekan butang “Log Masuk”, dan masukkan “Nama Ahli” dan “Nombor Ahli” yang telah anda daftarkan seperti langkah di atas.

  • Tekan butang “Balik Kampung” di bahagian Perkhidmatan dan lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Negeri
    • Alamat
    • Tarikh Pergi
    • Tarikh Pulang
    • Gambar keadaan rumah sebelum anda keluar
VSP PDRM

  • Tekan butang “HANTAR

Bagi anda yang tidak mempunyai aplikasi VSP PDRM ini anda boleh mengambil borang borang balik kampung seperti dalam rajah di bawah, di balai polis berdekatan. Lengkapkan borang dan kembalikan semula pada balai polis tersebut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut